Friday, 7 December 2018

Majlis Mesra Deepavali di TNB


Pada 29 November 2018 – Sebanyak 300 anak yatim dan orang kurang upaya (OKU) berumur antara tiga dan 22 tahun diraikan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam Majlis Mesra Deepavali di TNB Sports Complex.

Anak-anak yatim dan 45 ahli ILTC Malaysia OKU masing-masing menerima sumbangan duit raya RM50.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie; Ahli Lembaga Pengarahnya, K. S. Gopala Krishnan serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Ir. Azman Mohd.

Majlis yang dihadiri kira-kira 2,000 pekerja TNB dan tetamu syarikat itu turut dihadiri Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran.