Monday, 5 June 2017

Aspirasi OKU antara tumpuan TN50 KPWKM - 25 Mei 2017

Rohani Abdul Karim Memperkatakan Sesuatu Kepada Peserta Program Dialog Perdana Transformasi Nasional 2050 Di Pusat Latihan Perindustrian Dan Pemulihan, Bangi, Selangor,

Kerajaan Akan Mempertimbangkan Tiga Aspirasi Orang Kurang Upaya (OKU) Bagi Menjayakan Program Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim Berkata, Sebanyak Tiga Idea OKU Termasuklah Sekurang-Kurangnya Lima Peratus Pembuat Keputusan Terdiri Daripada Golongan OKU, 20 Peratus OKU Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Dan Pendidikan Awal Golongan Itu Diberikan Sama Rata.

“Buat Masa Ini, Golongan OKU Ini Tiada Garis Panduan Yang Kukuh Seperti Orang Lain Untuk Membolehkan Mereka Berkhidmat Kerana Hanya Satu Peratus Sahaja Diterima Berkhidmat Dalam Sektor Awam.

“Kita Meneliti Semula Dan Idea Itu Boleh Dilaksanakan Segera,” Katanya Selepas Sesi Dialog Perdana Transformasi Nasional TN50 Bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Dekat Bangi.








No comments:

Post a Comment