Friday, 11 October 2024

Seminar Kebangsaan ILC 2024

ILC Rawang telah dijemput untuk menghadir ke Seminar Kebangsaan ILC 2024 bertempat di Pearl Hotel KL oleh Jabatan Pembangunan OKU (JPOKU) dan Malaysia Independent Living Association for Disabled (MILAD).

Objektif

 Untuk memperkenal ILC, konsep dan falsafah kepada semua pemegang taruh.

Untuk mengetengahkan aktiviti dan program yang telah dilaksanakan oleh 6 ILC di Malaysia.

Untuk memberi ruang kepada semua pengendali ILC di seluruh Malaysia duduk semeja dan berbincang mengenai penubuhan Majlis ILC Malaysia.

 Yang Berbahagia Tuan Zuhaimi, Pengarah Jabatan Pembangunan OKU Malaysia merasmikan Seminar Kebangsaan ILC semalam.  Pusat Kehidupan Berdikari (ILC) yang telah menjayakan seminar ini. Usaha dan komitmen ILC masing-masing dalam merealisasikan matlamat memperkasa kehidupan berdikari bagi golongan OKU di Malaysia. Semoga kerjasama ini akan terus memberi manfaat kepada komuniti OKU pada masa akan datang.
































No comments:

Post a Comment