NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA

NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA
Badan Latihan dan Hidup Berdikari Malaysia (ILTC) pada 23hb Mac 2016 menyerahkan memorandum kepada ahli-ahli parlimen mendesak supaya golongan orang kurang upaya (OKU) dikecualikan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Disabled Members Protest

Disabled Members Protest
Disabled Members Protest at JPJ Wangsa Maju

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.
Disabled group’s protest disabled drivers required to produce doc's medical report.

Tuesday 3 November 2009

Umpan roti samun OKU


31 Oktober 2009
Umpan roti samun OKU
Oleh Md Fuzi Abd Lateh
BUKTI…Gurdip (duduk kiri) dan beberapa rakan lain menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat semalam.

RAWANG: Hanya berumpankan juadah sarapan pagi iaitu roti canai dan air minuman kotak, dua lelaki yang menyamar sebagai dermawan menyamun Rumah Badan Latihan dan Hidup Berdikari di Taman Garing di sini, pagi semalam.

Kejadian berlaku jam 10.30 pagi ketika mangsa yang juga setiausaha rumah itu, Gurdip Kaur @ Rina, 49, didatangi dua suspek yang menyamar sebagai pelawat dan ingin menderma makanan kepada mereka sebelum melarikan wang dan barangan berharga RM20,000.

Menurutnya, dia tidak menyangka suspek sebagai penjenayah kerana mereka bijak mempedayakannya dengan berpura-pura sebagai penderma.

Katanya, ketika kejadian, dia berada di rumah itu bersama seorang penghuni, Lawrence Joseph, 22, dan pelajar asing dari Universiti Jerman, Sussanne Neiro, 24, yang menjalani latihan bidang sains politik di negara ini.

“Mereka datang dua kali ke sini. Sebelum menyamun, mereka membawa sarapan iaitu roti canai, bungkusan roti dan air minuman kotak untuk didermakan kepada 15 penghuni di rumah ini.

“Kira-kira 10 minit kemudian, suspek datang semula dan kali ini mengugut akan mencederakan kami dengan parang tajam jika enggan menyerahkan wang tunai dan barangan berharga,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata, dia mengikut arahan suspek dengan menyerahkan wang RM10,000 hasil jualan kupon konsert amal rumah itu yang disimpan dalam laci pejabatnya.

Katanya, suspek turut merampas barangan kemas miliknya iaitu seutas rantai emas, sepasang subang emas, cincin dan sebuah komputer riba.

“Sebaik mendapat wang dan barangan berharga berkenaan, suspek melarikan diri dengan menaiki Proton Wira merah hati.“Saya kemudian menghubungi polis. Amat sedih, kami yang cacat anggota ini juga disamun mereka yang tidak bertanggungjawab itu,” katanya.

Gurdip berkata, kehilangan komputer riba miliknya cukup menyedihkan kerana banyak data dan laporan kegiatan pusat itu disimpan di dalamnya.

Sementara itu, Sussanne berkata, pengalaman ngeri berlaku kali pertama dalam hidupnya ketika berada di negara ini sukar dilupakan.

Katanya, golongan kurang upaya perlu dibantu dan bukannya disamun kerana mereka memerlukan pembelaan yang sepatutnya. “Saya takut mereka (penjenayah) guna parang ugut mangsa.

Kejadian begini memberi pengajaran kepada semua. Saya tidak anggap negara ini bahaya. Ini kerja orang tertentu saja.

“Saya gembira melayani orang cacat di pusat ini sejak melapor diri tiga hari lalu sehingga akhir Disember ini,” katanya.