NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA

NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA
Badan Latihan dan Hidup Berdikari Malaysia (ILTC) pada 23hb Mac 2016 menyerahkan memorandum kepada ahli-ahli parlimen mendesak supaya golongan orang kurang upaya (OKU) dikecualikan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Disabled Members Protest

Disabled Members Protest
Disabled Members Protest at JPJ Wangsa Maju

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.
Disabled group’s protest disabled drivers required to produce doc's medical report.

Saturday 13 April 2013

Calon Parlimen Titiwangsa mahu debat nasib OKU


Calon Parlimen Titiwangsa mahu debat nasib OKU

Jamilah Kamarudin
 | April 12, 2013
Masa depan OKU bersama Pakatan Rakyat lebih terjamin berbanding kehidupan mereka selama ini di bawah BN.
KUALA LUMPUR: Calon PAS Parlimen Titiwangsa Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi menawarkan diri untuk berdebat dengan wakil Barisan  Nasional (BN) mengenai nasib dan masa depan Orang Kelainan Upaya (OKU).
Ini berikutan keluhan wakil Persatuan Orang Buta Mohammad Faizal Che Yusof dalam laporan akhbar The Sun mengenai nasib dan  layanan yang diterima 2.8 juta OKU untuk bertarung dengan tekanan kos sara hidup yang tinggi.
Selain itu, masalah pengangguran, beban ekonomi, serta kadar kemiskinan bandar yang semakin meningkat turut dirasai golongan  terbabit.
“Saya sedia berdialog dengan Mohammad Faizal yang mewakili badan bukan kerajaan (NGO) Bangkit serta calon Umno khususnya di  Parlimen Titiwangsa.
“Bahkan saya sedia bertemu dan bersemuka dengan mana-mana pemimpin Umno bagi membuktikan masa depan OKU bersama Pakatan  Rakyat lebih terjamin berbanding kehidupan mereka selama ini dibawah BN.
“Tarikh, masa dan tempat perdebatan terpulang kepada Mohammad Faizal,” katanya kepada pemberita di Pusat Khidmat Parlimen  Titiwangsa di sini hari ini.
Katanya, menjadi dasar Pakatan Rakyat memastikan setiap golongan OKU dibantu termasuk kemudahan awam dan pendidikan seperti  yang dijanjikan dalam Manifesto Rakyat.
Beliau berkata, kehidupan OKU masih lagi ditakuk lama, bahkan kebanyakannya dipandang remeh seolah-olah mereka adalah golongan kelas kedua yang terpaksa menagih simpati dan belas kasihan masyarakat untuk hidup.
Namun, kerajaan BN pula tidak memandang golongan ini dengan perhatian utama dan membiarkan mereka sehingga tersisih daripada  arus pembangunan.
“Sebagai kerajaan menanti (government in waiting) Pakatan Rakyat berazam dan berikhtiar membantu OKU sedaya upaya supaya  golongan ini mempunyai kedudukan dan hak setaraf insan sempurna,” katanya.