NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA

NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA
Badan Latihan dan Hidup Berdikari Malaysia (ILTC) pada 23hb Mac 2016 menyerahkan memorandum kepada ahli-ahli parlimen mendesak supaya golongan orang kurang upaya (OKU) dikecualikan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Disabled Members Protest

Disabled Members Protest
Disabled Members Protest at JPJ Wangsa Maju

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.
Disabled group’s protest disabled drivers required to produce doc's medical report.

Saturday 28 June 2008

OKU kini boleh daftar dengan JPA

Saturday, June 28, 2008

OKU kini boleh daftar dengan JPA

KUALA LUMPUR 27 Jun - Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) kini boleh mendaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Borang Maklumat Pencarian Kerja OKU untuk memudahkan mereka mendapatkan pekerjaan.

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Faizah Mohd. Tahir berkata, borang tersebut diwujudkan untuk mengumpul maklumat mengenai golongan OKU yang memerlukan pekerjaan.

''Borang-borang yang kami terima akan disalurkan kepada pihak berkuasa melantik seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN).

''Pihak berkuasa berkaitan akan melantik calon-calon (OKU) yang sesuai bagi memenuhi jawatan kosong dalam agensi kerajaan berdasarkan kelayakan dan kemahiran masing-masing,'' katanya pada sidang akhbar penyerahan borang maklumat pencari kerja OKU di sini hari ini.

Beliau menyerahkan borang-borang berkenaan kepada wakil daripada 31 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) OKU dalam satu upacara ringkas di kementeriannya.

Menurut Faizah, borang tersebut yang terdapat dalam versi bahasa Melayu akan disediakan juga dalam versi bahasa Cina, Inggeris dan Tamil bagi kemudahan OKU.

Beliau memberitahu, OKU yang berminat boleh mendapatkan borang tersebut secara dalam talian menerusi laman web rasmi KPWKM serta agensi-agensi kerajaan lain atau di jabatan serta institusi bawah kementerian itu di seluruh negara.

Menurut Faizah, jumlah OKU yang berdaftar dengan JKM sehingga Disember tahun lalu adalah seramai 220,250 orang dan daripada jumlah itu hanya 581 orang berkhidmat dengan JPA.

''Sasaran kerajaan untuk mencapai satu peratus OKU yang bekerja dalam perkhidmatan awam masih agak jauh ketinggalan,'' ujarnya.

No comments: