NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA

NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA
Badan Latihan dan Hidup Berdikari Malaysia (ILTC) pada 23hb Mac 2016 menyerahkan memorandum kepada ahli-ahli parlimen mendesak supaya golongan orang kurang upaya (OKU) dikecualikan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Disabled Members Protest

Disabled Members Protest
Disabled Members Protest at JPJ Wangsa Maju

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.
Disabled group’s protest disabled drivers required to produce doc's medical report.

Friday 22 August 2008

MBPJ sedia kemudahan untuk OKU

Friday, August 22, 2008

Sinar - Harian


MBPJ sedia kemudahan untuk OKU

PETALING JAYA - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan menyediakan tempat khas untuk golongan orang kurang upaya (OKU) bagi memudahkan mereka meletakkan kenderaan mulai November ini.

Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ, Sharipah Marhaini Syed Ali berkata, sebanyak 150 tempat dikenal pasti dan akan dilengkapkan dengan bumbung sebagai keselesaan.

Setiap 150 tempat itu, MBPJ akan menyediakan dua petak khas untuk OKU,” katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata, selain membina tempat letak kereta berbumbung, MBPJ juga akan menaik taraf tandas dan jalan mesra OKU.

Katanya, sebagai permulaan, usaha itu akan dilakukan di Seksyen 52, manakala kawasan lain akan mendapat kemudahan berkenaan secara berperingkat.

Menurut Sharipah Marhaini, bagi memudahkan pemantauan, golongan dan penjaga OKU perlu memohon pelekat khas daripada MBPJ.

Langkah itu, katanya, bagi memudahkan MBPJ mengenal pasti golongan OKU dan mengelak kemudahan itu daripada disalahgunakan orang lain.

“Mereka yang didapati menyalah guna kemudahan itu akan dikenakan saman sebanyak RM300,” katanya.

Beliau berkata, MBPJ akan melaksanakan empat strategi dalam menyediakan kemudahan untuk OKU di Petaling Jaya. “

Antaranya mengubah suai bangunan sedia ada di Petaling Jaya bagi kemudahan mereka, selain mengubah suai bangunan Perpustakaan Komuniti dan ibu pejabat MBPJ.

“Strategi lain termasuk menyediakan kemudahan laluan khas di beberapa tempat, lampu isyarat berbunyi, laluan pejalan kaki dan penghadang,” katanya.

Di samping itu, menurut beliau, MBPJ juga akan mengadakan program kesedaran awam bersama penduduk mengenai kemudahan OKU.

Sementara itu, Ahli Majlis MBPJ yang juga OKU, Anthony Siva Balan Thanasayan berkata, usaha itu hadiah kepada golongan berkenaan. “Ini adalah hadiah paling bermakna kepada OKU.

Ini menunjukkan MBPJ tidak meminggirkan golongan seperti kami,” katanya

1 comment:

stanley said...

It is more then a year YB Ronnie Liu launched the first covered car park for the Disabled what happen to the rest 149 covered car park. Recently i went to the hockey stadium ther was a covered car park but i couldn't not use it as the entrance to the covered car park the pavement was to high. can we see more action then talk.