Tukar kad OKU sebelum 31 Julai
11 Julai 2012
TUMPAT – Semua pemegang kad orang kurang upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di daerah ini diminta menukar kad OKU yang lama kepada yang baru sebelum 31 Julai ini.
Pegawai JKM Tumpat, Rosni Yaakob berkata, masih ramai OKU di daerah ini belum menukar kad baru kerana berdasarkan rekod di jabatan mendapati seramai 1,570 orang masih memegang kad OKU lama.
“Pemegang kad OKU di daerah ini seramai 3,100 orang, namun yang sudah menukar kad tersebut hanya seramai 1,530 orang sahaja.
“Manakala yang belum menuntut kad OKU baru yang sudah siap seramai 443 orang,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, kelmarin.
Rosni berkata, diingatkan kepada semua OKU, penukaran kad OKU versi baru yang mirip Mykad ini perlu untuk memastikan mereka terus menikmati kemudahan yang disediakan JKM.
“Penukaran kad ini perlu dilakukan selewat-lewatnya sebelum 31 Julai ini di pejabat JKM Tumpat.
“Mana-mana OKU yang masih memegang kad OKU lama perlu menukarnya dengan segera,” katanya.
Menurutnya, kad keahlian OKU baru yang bersaiz dan bercirikan seperti Mykad itu mula diperkenalkan sejak Ogos tahun lalu bagi menantikan kad sedia ada yang berbentuk plastik.
“Kad OKU yang baru ini tahan lasak serta dikeluarkan dalam satu warna sahaja, kad lama sebelum ini mempunyai pelbagai warna,” katanya.

No comments:
Post a Comment