Diskaun 50 peratus cukai taksiran OKU Selangor
Pengurangan ini adalah yang kedua diberikan kerajaan negeri selepas diskaun cukai pintu 25 peratus kepada pemilik rumah flat kos rendah.
SHAH ALAM: Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) kini boleh menarik sediktit nafas lega apabila kerajaan Selangor mengumumkan diskaun 50
peratus bayaran cukai taksiran kepada mereka yang memiliki rumah di negeri ini.
peratus bayaran cukai taksiran kepada mereka yang memiliki rumah di negeri ini.
Berkuat kuasa serta-merta, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pengurangan cukai itu bertujuan membantu meringankan
beban OKU yang berdepan dengan kos sara hidup yang semakin mahal terutama di kawasan bandar.
beban OKU yang berdepan dengan kos sara hidup yang semakin mahal terutama di kawasan bandar.
“Bagaimanapun pengurangan ini hanya tertakluk kepada OKU yang mendiami rumah tersebut.
“Jika rumah itu disewakan kepada pihak lain, mereka tak layak menikmati pengurangan ini,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di bangunan SUK di sini hari ini.
Pengurangan ini adalah yang kedua diberikan kerajaan negeri selepas diskaun cukai pintu 25 peratus kepada pemilik rumah flat kos rendah.
Menurut Abdul Khalid, diskaun ini bagi mengiktiraf sumbangan OKU kepada pembangunan ekonomi dan sosial di Selangor.
Beliau yakin tindakan itu tidak akan menjejaskan pendapatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana kerajaan negeri sebelum ini berjaya menjimatkan lebih RM80 juta sepanjang tahun lalu hasil penamatan kontrak khidmat Alam Flora selain amalan tender terbuka dan konsep ‘value for money’.
“Kita juga telah memberikan lebih 100,000 geran tanah kepada rakyat Selangor menerusi skim pemilikan kediaman persendirian dengan hanya menggunakan premium RM1,000,” katanya.
No comments:
Post a Comment