Borang Permohonan Program Baucar Kerja 2014 Online
Syarat Kelayakan Program Baucar Kerja 2014 Online
- Individu berpendapatan bawah RM 3,000
- Menetap dikawasan bandar
- Golongan terpinggir seperti bekas banduan, bekas penagih dadah, warga emas, golongan kurang upaya, orang asli dan pelajar keciciran.
- Golongan tidak bekerja
- Golongan miskin yang tersenarai dibawah pangkalan data keluarga miskin menerusi laman e-kasih
Borang Permohonan Program Baucar Kerja 2014 Online
1. Pemohon yang layak dipilih berdasarkan pendaftaran di pangkalan data e-kasih (Senarai data keluarga miskin di Malaysia). E-kasih merupakan pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.
3. Semakan nama yang tersenarai dalam keluarga golongan miskin boleh disemak menerusi https://ekasih.icu.gov.my/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
4. Peserta yang layak akan dihubungi terus menerusi panggilan telefon.
Cara Manual Pendaftaran Bantuan Baucar Kerja 2014
1. Individu yang layak perlu memiliki ID ekasih. Ekasih merupakan bank data kemiskinan nasional. Ia dibangunkan untuk mengenalpasti mereka yang betul- betul layak untuk menerima bantuan berdasarkan kepada syarat dan kriteria bantuan masing-masing.
2. Individu yang ingin mendaftar ekasih boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Persekutuan (JPP/PPPN), Focus Group Negeri atau Focus Group Daerah.
3. Bagi agensi di peringkat negeri, ID pendaftaran eKasih boleh dipohon melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Negeri (JPP/PPPN), manakala agensi diperingkat persekutuan, boleh memohon terus dengan Ibu Pejabat ICU JPM.
Tarikh Pelancaran Program Baucar Kerja 2014
Program Baucar Kerja 2014 akan dilancarkan mulai April 2014
No comments:
Post a Comment