NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA

NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA
Badan Latihan dan Hidup Berdikari Malaysia (ILTC) pada 23hb Mac 2016 menyerahkan memorandum kepada ahli-ahli parlimen mendesak supaya golongan orang kurang upaya (OKU) dikecualikan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Disabled Members Protest

Disabled Members Protest
Disabled Members Protest at JPJ Wangsa Maju

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.
Disabled group’s protest disabled drivers required to produce doc's medical report.

Friday, 11 July 2008

Bangunan MPS tak mesra OKU

Friday, July 11, 2008

My Metro

Bangunan MPS tak mesra OKU

Oleh Amir Abd Hamidamir@hmetro.com.my

BANTU...penguat kuasa MPS mengangkat Gurdip turun selepas majlis angkat sumpah di bangunan MPS, semalam.

KUALA LUMPUR: “Saya sanggup tidak minum bagi mengelak terkencing kerana di bangunan ini tiada kemudahan tandas untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU),” rungut Gurdip Kaur yang kecewa kerana bangunan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) tidak menyediakan kemudahan berkenaan.

Gurdip yang juga Ahli Majlis MPS yang baru melakukan lafaz akuan terima jawatan itu semalam, berkata dia berazam membela golongan senasibnya bermula dari bangunan MPS dengan meminta supaya disediakan kemudahan OKU di situ.

Menurutnya, sebelum membuat cadangan supaya dibina kemudahan perkhidmatan awam bagi golongan OKU di tempat lain, dia sebagai Ahli Majlis akan memastikan bangunan MPS sendiri dilengkapi dengan binaan struktur yang boleh membantu OKU.

“Bukan saja tiada struktur binaan bagi membantu OKU di tandas, malah saya terpaksa bersusah-payah dan meminta tolong penguat kuasa MPS untuk menaiki tangga ke tingkat atas kerana tiada lif disediakan.

“Pelantikan saya sebagai satu-satunya Ahli Majlis MPS dari kalangan OKU dianggap amanah dan kesempatan terbaik yang akan saya gunakan untuk membela rakan senasib,” katanya yang juga Setiausaha Persatuan Badan Latihan dan Hidup Berdikari, Rawang.

Dia yang lumpuh kedua-dua kaki sejak 15 tahun lalu kerana terjatuh dari tangga rumahnya turut menyatakan iltizam membuktikan keupayaan walaupun ada kedengaran suara mempersoalkan kemampuannya memegang jawatan Ahli Majlis itu.

Menurutnya, dia sudah lali dengan prejudis yang dilemparkan, malah menempelak mereka yang tidak mahu membantu menaikkan taraf golongan OKU.

“Takkanlah kami hanya mahu duduk di rumah tanpa membuat apa-apa kerja baru mereka puas hati? Golongan OKU juga mahu hidup seperti orang normal seperti bekerja ada jawatan dan membeli-belah.“

Justeru, tidak salah jika kami meminta disediakan kemudahan yang mesra OKU yang sebenarnya secara tidak langsung meningkatkan kualiti taraf hidup kami sesuai dengan kenyataan mengenai masyarakat penyayang di negara ini,” katanya.

Yang Dipertua MPS, Zainal Abidin Azim, berkata pihaknya sudah menyediakan struktur binaan khusus memudahkan pergerakan OKU di bangunan baru dan akan melakukan perkara yang sama di bangunan lama seperti dimaksudkan Gurdip itu.

Mengenai majlis lafaz akuan angkat sumpah Ahli Majlis serta diikuti dengan mesyuarat penuh semalam, Zainal berharap semua Ahli Majlis berfikiran terbuka dan tidak hanya disempitkan di kawasan tempat tinggal mereka saja.

No comments: