NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA

NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA
Badan Latihan dan Hidup Berdikari Malaysia (ILTC) pada 23hb Mac 2016 menyerahkan memorandum kepada ahli-ahli parlimen mendesak supaya golongan orang kurang upaya (OKU) dikecualikan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Disabled Members Protest

Disabled Members Protest
Disabled Members Protest at JPJ Wangsa Maju

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.
Disabled group’s protest disabled drivers required to produce doc's medical report.

Monday, 6 October 2008

MPS perlu sedia kemudahan OKU

Monday, October 06, 2008




MPS perlu sedia kemudahan OKU SELAYANG

Pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk Majlis Perbandaran Selayang (MPS) disarankan menyediakan kemudahan asas yang mencukupi kepada orang kurang upaya (OKU) agar golongan berkenaan dapat menjalani kehidupan harian sama seperti masyarakat yang normal.

Ahli Majlis MPS Zon 16, P Gurdip Kaur berkata, sebagai salah seorang OKU dan juga wakil jawatankuasa penduduk, beliau sendiri bertekad mencapai hasrat tersebut dengan memulakannya di kawasan Rawang, yang terletak di zon pentadbirannya.

“Walaupun ada usaha untuk menyediakan kemudahan berkenaan kepada OKU, seperti membina lorong kerusi roda di perhentian-perhentian bas kawasan MPS yang sudah dimulakan, namun apa yang dilakukan masih kurang mencukupi.

“Pada masa yang sama, tempat letak kenderaan OKU juga masih kurang, malah ada orang awam yang normal turut menggunakannya, menyebabkan timbul masalah kepada golongan OKU seperti kami,” kata Gurdip yang bergerak dengan bantuan kerusi roda.

Dalam hal ini, beliau menyeru kepada pihak bertanggungjawab dan orang normal sendiri untuk berfikir sejenak, bagaimana sekiranya kita berada di tempat OKU, sama ada boleh melalui kehidupan seperti biasa dengan ‘kemudahan’ yang ada pada masa sekarang.

Beliau turut memberikan contoh, di kawasan Rawang yang pesat membangun, tetapi masih kekurangan kemudahan untuk golongan OKU.

Ini menyebabkan golongan OKU menghadapi kesukaran untuk memasuki ke restoran-restoran makanan segera, selain kurangnya tandas awam untuk golongan berkenaan.

“Kemudahan sebegini bukan sahaja diperlukan untuk golongan OKU, tetapi juga warga emas yang selalunya memerlukan kemudahan yang sama.

“Untuk itu, kita mengharapkan kerjasama Yang Dipertua MPS, Zainal Abidin Azim dan juga Jabatan Kejuruteraan MPS bagi melihat keperluan ini di kawasan MPS. Usaha MBPJ (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) yang menyediakan kemudahan khas OKU wajar dicontohi,” ujarnya.

Beliau berharap kawasannya menjadi pemula usaha berkenaan bagi menyediakan kemudahan yang lengkap untuk golongan OKU.

Mengulas bilangan golongan OKU yang ada sekarang katanya, masih ramai yang belum mengetahui hak mereka dengan mendaftar kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Justeru, beliau menyeru mereka yang belum mendaftar ada segera berbuat demikian agar segala keperluan yang sepatutnya diberi, dapat dimanfaatkan golongan berkenaan

1 comment:

stanley said...

well said Ahli Majlis ther are alot of OKU who don't know the benifit they have from JKM. JKM needs to be re ramp so that they can reach the OKU's and be a caring department. There are hundred or thousand OKU, Senior Citzen& Single Mothers who are not registered or getting help from JKM WHY?