NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA

NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA
Badan Latihan dan Hidup Berdikari Malaysia (ILTC) pada 23hb Mac 2016 menyerahkan memorandum kepada ahli-ahli parlimen mendesak supaya golongan orang kurang upaya (OKU) dikecualikan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Disabled Members Protest

Disabled Members Protest
Disabled Members Protest at JPJ Wangsa Maju

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.
Disabled group’s protest disabled drivers required to produce doc's medical report.

Tuesday 2 December 2008

Segerakan kemudahan bas untuk OKU

Selasa 2-12-2008


Segerakan kemudahan bas untuk OKU

BANDAR BARU SELAYANG – Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen menggesa pihak kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya menyegerakan penyediaan kemudahan pengangkutan bas awam untuk golongan orang kurang upaya (OKU) bagi memudahkan kehidupan harian mereka sama seperti masyarakat sempurna fizikal yang lain.

“Pada pandangan saya, kemudahan ini bukanlah sesuatu yang sukar disediakan. Kementerian boleh memanggil semua pihak berkenaan bagi membincangkan perkara ini, termasuk syarikat bas yang boleh mengeluarkan bas khas ini untuk memberikan kemudahan kepada OKU.

“Lihat contoh di Singapura, mereka boleh menyediakan kemudahan bas untuk OKU dan tidak mustahil kita juga boleh meluaskan penggunaan bas berkenaan,” katanya ketika berucap merasmikan Kempen Keselamatan dan Kesedaran Kemalangan Jalan Raya sempena Hari OKU Sedunia di sini, semalam.

William berkata demikian berikutan masih kurangnya kemudahan pengangkutan untuk golongan tersebut, walaupun terdapat kemudahan pengangkutan awam seperti transit aliran ringan (LRT) dan teksi.

Sementara itu mengulas manfaat kempen anjuran Majlis Perbandaran Selayang itu William berkata, usaha Majlis Keselamatan Jalan Raya yang sudi menyumbang sebanyak 120 jaket keselamatan dan topi keledar kepada OKU yang hadir pada majlis tersebut diharap dapat memberikan kesedaran kepada golongan berkenaan mengenai kepentingan mengamalkan pemanduan berhemah dan mengambil langkah terhadap keselamatan di jalan raya.

Katanya, program sebegini amat digalakkan kerana ia secara tidak langsung dapat menerapkan nilai-nilai murni kepada generasi baru supaya tidak mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap OKU sekali gus dapat merapatkan hubungan antara masyarakat awam dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Saya berharap agar lebih ramai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat-syarikat swasta untuk tampil memberikan bantuan yang terdaya dan saya sentiasa membuka ruang kepada warga OKU untuk sama-sama berkongsi masalah dan pandangan,” katanya.

No comments: