NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA

NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA
Badan Latihan dan Hidup Berdikari Malaysia (ILTC) pada 23hb Mac 2016 menyerahkan memorandum kepada ahli-ahli parlimen mendesak supaya golongan orang kurang upaya (OKU) dikecualikan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Disabled Members Protest

Disabled Members Protest
Disabled Members Protest at JPJ Wangsa Maju

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.
Disabled group’s protest disabled drivers required to produce doc's medical report.

Friday 2 January 2009

Ahli Majlis bantah tindakan sita


Jumaat 02-1-2009

Ahli Majlis bantah tindakan sita

BANDAR COUNTRY HOMES – Tindakan pihak Jabatan Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang sepatutnya menyita sebuah premis perniagaan homestay ala ‘resort’ eksklusif tanpa lesen, kelmarin, mendapat bantahan Ahli Majlis MPS, P Gurdip Kaur, apabila beliau mempertahankan supaya tindakan berkenaan tidak diteruskan.

Pengarah Jabatan Penguat Kuasa MPS, Ahmad Faisal Badiuzaman berkata, Gurdip telah memohon pertimbangan pihaknya supaya dapat menangguhkan tindakan sita berkenaan memandangkan pengusaha premis terbabit merupakan orang kurang upaya (OKU), selain berjanji akan membantu keperluan pengusaha wanita berkenaan supaya dapat meneruskan perniagaan secara sah.

Menurut Faizal, bagaimanapun pihaknya tetap mengambil tindakan tegas mengeluarkan arahan kepada pengusaha premis yang terletak di Jalan Desa 6/7, Bandar Country Homes berkenaan supaya menghentikan aktiviti perniagaan sehingga mendapat kelulusan yang sah daripada MPS dan pihak berkenaan.

“Kali pertama sebelum ini pun kita telah menasihatkan pihak pengusaha supaya mengambil berat aduan yang kita terima daripada penduduk sekitar selain beberapa kesalahan yang melanggar arahan kelulusan premis.

“Oleh sebab terdapat peraturan yang tidak dipatuhi, kali kedua operasi selain kesalahan tidak mengikut pelan asal bangunan sebelumnya, kita juga telah mengambil tindakan kompaun sebanyak RM12,500 atas kesalahan menyalah guna tempat kediaman menjadi hotel. Untuk itu, operasi kali ketiga ini (kelmarin), disebabkan kesalahan masih dikesan, sepatutnya kita akan buat sitaan setelah mendapat arahan pihak atasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjalankan operasi berkenaan yang disertai sekitar 50 orang anggota penguat kuasa MPS.

Bagaimanapun, menurutnya, semasa operasi dilakukan, didapati tiada aktiviti perniagaan yang dijalankan.

Sementara itu, menolak dirinya menyekat tugas penguat kuasa MPS, Gurdip ketika diminta mengulas perkara tersebut mendakwa, beliau membantu pengusaha berkenaan menghadapi tindakan tempoh hari berikutan terpanggil untuk berbuat demikian.

“Bagi saya ini perkara mudah. Sebagai ahli majlis, seorang wanita dan terlibat secara langsung membantu golongan OKU, saya merasakan wajar bagi pengusaha tersebut diberi peluang untuk meneruskan usahanya selain beliau sendiri telah menunjukkan tanggungjawab sejak mula diberi notis oleh MPS untuk memperbaiki kesalahan yang dilakukan.

“Saya percaya tindakan beliau seterusnya selepas ini pasti akan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkenaan. Mungkin beliau terpaksa mengambil masa berikutan tidak tahu prosedur yang sepatutnya.

Disebabkan itu, saya sendiri mengambil inisiatif menjadi penjamin supaya beliau tidak ulangi kesilapan dan mengikut saluran yang betul untuk teruskan usahanya. Lagipun saya tidak nampak aktiviti haram yang tidak sepatutnya berlaku di situ,” katanya.

Beliau berkata demikian berikutan usaha pemilik berkenaan yang dikatakan sanggup memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk merobohkan bangunan yang disambung tanpa mengikut pelan asal, membuktikan usahanya untuk mengikut peraturan sepatutnya yang telah ditetapkan pihak MPS.

Mengulas lanjut berhubung aduan penduduk sekitar mengenai premis tiga tingkat yang lengkap dengan pelbagai kemudahan itu, Gurdip mendakwa, ia berikutan segelintir pihak yang berkemungkinan tidak berpuas hati apabila melihat kesenangan orang lain.

“Saya tidak berniat menyalahkan MPS atau pun sesiapa sahaja dalam hal ini. Sebaliknya saya difahamkan, mereka (penguat kuasa MPS) hanya datang ke sini, tidak sampai 14 hari selepas notis berkenaan diberikan,” katanya.

Terdahulu, pengusaha yang menjadikan kediamannya sebagai homestay bersama suaminya seorang warganegara Singapura cuba memberikan penjelasan kepada wakil MPS, sebelum bertindak menghubungi Gurdip untuk hadir ke premis terbabit apabila tidak berpuas hati dengan pihak penguat kuasa setelah dimaklumkan tujuan untuk menyita barangan di premisnya.

No comments: