NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA

NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA
Badan Latihan dan Hidup Berdikari Malaysia (ILTC) pada 23hb Mac 2016 menyerahkan memorandum kepada ahli-ahli parlimen mendesak supaya golongan orang kurang upaya (OKU) dikecualikan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Disabled Members Protest

Disabled Members Protest
Disabled Members Protest at JPJ Wangsa Maju

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.
Disabled group’s protest disabled drivers required to produce doc's medical report.

Tuesday 20 January 2009

Pembinaan ‘tembok’ perlu kelulusan

Selasa 20-1-2009
Pembinaan ‘tembok’ perlu kelulusan
RAWANG – Penduduk yang tinggal di kawasan kediaman rumah teres diharap lebih bertanggungjawab dan tidak membina ‘tembok’ pembahagi dengan kediaman jiran sehingga melebihi tiga meter.

Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Zon 16, P Gurdip Kaur berkata tindakan membina ‘tembok’ berkenaan bukan sahaja menjadi halangan konsep berjiran, tetapi juga boleh menimbulkan masalah keselamatan.
Menurut Gurdip, sepatutnya sebelum sesuatu pengubahsuaian termasuk pembinaan dinding pagar luar rumah dilakukan, pemilik kediaman perlulah mendapatkan kebenaran dan kelulusan daripada pihak MPS melalui jabatan terbabit.

“Kita akan melihat perkara ini dan membawanya untuk perhatian pihak MPS. Peraturan adalah peraturan, jika benar jiran berkenaan tidak mempunyai kelulusan daripada MPS untuk membina tembok setinggi itu, mungkin kita terpaksa mengambil tindakan dengan memecahkan dinding tersebut.

“Ini disebabkan, keadaan dinding yang tinggi itu mampu menghalang pemandangan orang ramai sehingga menyebabkan pihak tidak bertanggungjawab seperti penjenayah, mengambil kesempatan untuk memecah masuk ke rumah jiran dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat sebuah keluarga di Taman Sri Rawang di sini yang dipecah masuk penyamun, petang kelmarin.

Selepas menerima aduan daripada penghuni rumah berkenaan, beliau tidak menolak keadaan pagar rumah yang tinggi itu menjadi punca berlakunya kejadian pecah masuk ke rumah tersebut.

“Sebagai jiran, kita perlulah ada sikap tolak ansur, walaupun berlainan agama dan budaya, malah perlu menghormati keperluan beribadat dan sebagainya antara satu sama lain.

“Jika ada masalah berkaitan boleh berbincang secara berhemah dengan jiran. Bukan dengan cara terus membuat tembok yang menutup pandangan, sehingga setinggi itu. Ini boleh menimbulkan masalah lain, seperti kejadian ini,” katanya.

Mengulas lanjut berhubung insiden di kediaman keluarga terbabit, Gurdip memaklumkan, kejadian yang berlaku menyebabkan mangsa mengalami beberapa kerugian.

“Mangsa merupakan seorang ibu tunggal dan pekerja di sebuah institusi kewangan serta mempunyai dua orang.

Selain berada dalam keadaan trauma, mangsa turut mengalami kerugian sehingga RM3,000 termasuk wang tunai dan barang kemas.

“Namun apa yang menghairankan, bagaimana dokumen seorang lelaki yang tidak dikenali berkaitan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ada di bilik rumah mangsa. Bagaimanapun kita telah melaporkan perkara ini kepada polis dan pihak polis sedang mengesan pihak berkenaan melalui cap jari,” katanya.

Turut serta dalam lawatan ke rumah mangsa kejadian pecah rumah berkenaan malam kelmarin, Ahli Majlis MPS, Md Sabri Md Taib.

No comments: