NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA

NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA
Badan Latihan dan Hidup Berdikari Malaysia (ILTC) pada 23hb Mac 2016 menyerahkan memorandum kepada ahli-ahli parlimen mendesak supaya golongan orang kurang upaya (OKU) dikecualikan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Disabled Members Protest

Disabled Members Protest
Disabled Members Protest at JPJ Wangsa Maju

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.
Disabled group’s protest disabled drivers required to produce doc's medical report.

Wednesday, 18 February 2009

MPAJ beri pendedahan bantu OKU

Rabu 18-2-2009




MPAJ beri pendedahan bantu OKU

PANDAN PERDANA -Orang kurang upaya (OKU) mem-punyai hak kemanusiaan dan peluang untuk menyertai masyarakat seperti mana dasar OKU yang telah ditubuhkan bagi memberi pengiktirafan serta penerimaan prinsip bahawa OKU bebas daripada halangan fizikal, sosial, ekonomi, budaya dan sikap.

Dasar OKU juga bertujuan untuk menghapuskan diskriminasi terhadap golongan OKU atas sebab ketidakupayaan mereka dan mendidik serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai hak kelompok tersebut.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Abdul Hamid Hussain berkata, kemudahan infrastruktur dalam kalangan OKU telah disediakan di pusat-pusat membeli belah dan beberapa kawasan lain.

“Di dewan-dewan MPAJ juga telah disediakan kemudahan kepada golongan OKU. Selain itu, di Pandan Indah juga turut disediakan tempat letak kenderaan yang dikhaskan.

Bagaimanapun, penyediaan infrastruktur itu masih belum menyeluruh dan agak terhad di beberapa tempat sahaja di bawah kawasan pentadbiran MPAJ.

“Oleh itu, kami mengadakan seminar dan sesi dialog ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta untuk pelaksanaannya pada masa akan datang.

Peserta juga turut didedahkan betapa pentingnya peranan MPAJ dan agensi-agensi lain di dalam memastikan pelaksanaan pembangunan yang tidak mengabaikan golongan OKU,” katanya ketika Sidang Media di dalam Majlis Seminar dan Sesi Dialog OKU, Agensi Kerajaan dan Swasta di Pandan Lake Club di sini, semalam.

Seramai 80 peserta terdiri daripada Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM), ahli-ahli majlis MPAJ, pihak pemaju dan persatuan-persatuan OKU hadir bagi membantu MPAJ melaksanakan dasar OKU mengikut garis panduan dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dengan kerjasama semua.

Menurutnya, seminar itu bertujuan bagi mengkaji dan menangani masalah berkaitan hak dan kepentingan golongan OKU dengan cara yang lebih sistematik.

“Melalui program ini, kami akan mengenal pasti cadangan dan idea yang dikemukakan untuk pelaksanaan.

Ia melibatkan jangka masa yang panjang kerana untuk dilaksanakan segera ia agak sukar.

“MPAJ tiada peruntukan khusus untuk menyediakan infrastruktur kepada golongan OKU tetapi jika ia perlu disediakan kami akan mendapatkan peruntukan daripada kementerian yang terlibat untuk direalisasikan pelaksanaannya,” katanya.

Abdul Hamid berkata, pihaknya akan mendapatkan data lengkap jumlah penduduk OKU di kawasan pentadbirannya bagi mengkaji penyesuaian pelaksanaan akses OKU tersebut.

MPAJ bersedia melak-sanakan kemudahan kepada golongan OKU setelah adanya cadangan dan pandangan ia perlu dilaksanakan melalui pelan pembangunan baru.

“Kemudahan tersebut sebenarnya memberi kepentingan kepada semua pihak antaranya ibu mengandung, orang tua, dan OKU sendiri. Saya melihat ia wajar dilaksanakan kerana memberi manfaat kepada semua.

“Terlebih dahulu, kita akan menilai keperluan utama yang diperlukan oleh golongan OKU. Kita juga akan melihat semula infrastruktur yang sedia ada, setakat ini ia tidak mendatangkan masalah, jika ubah sedikit ia sudah boleh digunakan oleh semua pihak,” katanya.

Menurut beliau, Akta OKU telah diwujudkan bagi menyediakan peruntukan pendaftaran, perlindungan, rehabilitasi, pembangunan dan kesejahteraan OKU.

Oleh itu, apabila akta itu sudah dikuatkuasakan, MPAJ akan memastikan setiap pihak terlibat melaksanakan sebaik mungkin dan jika perlu MPAJ juga akan bertindak mengeluarkan arahan supaya mereka mengikut akta yang ditetapkan.

No comments: