NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA

NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA
Badan Latihan dan Hidup Berdikari Malaysia (ILTC) pada 23hb Mac 2016 menyerahkan memorandum kepada ahli-ahli parlimen mendesak supaya golongan orang kurang upaya (OKU) dikecualikan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Disabled Members Protest

Disabled Members Protest
Disabled Members Protest at JPJ Wangsa Maju

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.
Disabled group’s protest disabled drivers required to produce doc's medical report.

Thursday, 12 November 2009

OKU trauma diacu parang

Khamis 12-11-2009

OKU trauma diacu parang

RAWANG – Sungguh tidak berhari perut apabila orang kelainan upaya (OKU) turut dijadikan mangsa penjenayah, seperti yang berlaku ke atas kakitangan Badan Latihan dan Hidup Berdikari (ILTC), Taman Garing, di sini.

Setiausaha ILTC, P Gurdip Kaur @Rina, yang berdepan situasi cemas itu berkata, sehingga kini dia masih trauma dengan kejadian diacu parang dan dirompak pada 30 Oktober lalu.

Menurutnya, selain kesukaran melelapkan mata pada waktu malam, pusat ILTC nya kini sentiasa berkunci rapi dan dia sendiri sukar untuk bertemu dan bercakap dengan individu tidak dikenali.

“Saya fikir dalam keadaan sosial dan ekonomi sekarang, penjenayah tidak lagi mengambil peduli latar belakang mangsa.

Bagi mereka, indi-vidu lemah seperti kami ini lebih mudah diambil kesempatan. “Sekarang golongan seperti kami perlu lebih berhati-hati.

Selama ini jika orang hendak datang melawat dan sumbangkan apa-apa kita tidak menolak. Tetapi kini kami sering berasa curiga,” katanya.

Dia berkata demikian dalam lawatan Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen; Setiausaha Politik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Azman Mohd Noor dan Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, susulan kejadian menimpanya.

1 comment:

Butterfly Princess said...

Takziah kpd ILTC..Tak sangka perkara begitu berlaku..Harapnya mereka yg melakukannya akan dapat diberkas polis dan mendapat balasan yg setimpal..Manusia zaman moden semakin hilang sifat kemanusiaan..