NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA

NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA
Badan Latihan dan Hidup Berdikari Malaysia (ILTC) pada 23hb Mac 2016 menyerahkan memorandum kepada ahli-ahli parlimen mendesak supaya golongan orang kurang upaya (OKU) dikecualikan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Disabled Members Protest

Disabled Members Protest
Disabled Members Protest at JPJ Wangsa Maju

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.
Disabled group’s protest disabled drivers required to produce doc's medical report.

Wednesday, 23 June 2010

Golongan sasar diberi perhatian

Rabu 23-6-2010

Golongan sasar diberi perhatian

PETALING JAYA SELATAN - Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan dengan kerjasama Jabatan Perancangan Pembangunan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan mengadakan program bantuan berterusan kepada golongan miskin, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas di Taman Medan.

ADUNnya, Haniza Mohd Talha berkata, bagi tujuan itu pihaknya dan MBPJ sebagai sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) yang proaktif akan mengadakan program pencarian golongan yang kurang berkemampuan di Taman Medan untuk dibantu.

Katanya, sebagai langkah awal program berkenaan akan mencari 100 golongan yang memerlukan bantuan di sekitar kawasan itu.

“Antara perkhidmatan yang diberikan ialah membantu penduduk yang rumahnya mengalami kerosakan seperti kebocoran, tidak kukuh, ataupun diserang serangga perosak seperti anai-anai.

“Selain itu, bantuan perkhidmatan van percuma untuk golongan OKU, terutamanya yang berkerusi roda akan ditawarkan,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Program Bantuan Kemudahan Penduduk Miskin, OKU dan Warga Emas di sini.

Hadir sama, Pengarah Perancang Bandar MBPJ, Sharipah Marhaini Syed Ali.

Haniza yang juga Timbalan Speaker DUN berkata, kemudahan yang disediakan itu bagi memudahkan golongan sasar terbabit ke klinik, hospital ataupun ke destinasi yang memerlukan bantuan untuk dihantar.

Katanya, perkhidmatan bas percuma di dalam DUN Taman Medan juga akan disediakan untuk golongan miskin.

Bas itu katanya, mengikut laluan RapidKL dan dikhususkan penggunaannya untuk golongan yang miskin.

“Justeru, kami sangat mengharapkan dengan adanya program seumpama ini, golongan yang miskin tidak lagi terasa dipinggirkan oleh arus pembangunan bandar,” katanya.

Sementara itu, katanya, bagi memastikan tiada golongan memerlukan terlepas pandang, pihaknya berharap pemimpin masyarakat dan wakil penduduk bersama-sama mengenal pasti individu yang layak menerima bantuan mengikut kategori di kawasan masing-masing.

“Kita mahu membantu seberapa ramai golongan yang memerlukan bantuan, tetapi matlamat ini tidak akan tercapai jika pemimpin masyarakat atau wakil penduduk tidak membantu kita mengenal pasti mereka yang layak diberikan bantuan.

“Apa yang kita harapkan golongan ini benar-benar dapat memanfaatkan sumbangan yang diberikan,” katanya.

No comments: