ILTC protes isu layanan OKU
KUALA LANGAT– Tindakan kakitangan sebuah pasaraya yang membuat pemeriksaan tanpa kebenaran terhadap salah seorang orang kurang upaya (OKU) yang disyaki mencuri barang di pasaraya berkenaan menimbulkan rasa tidak puas hati 20 ahli OKU dari Badan Latihan dan Hidup Berdikari (ILTC) di sini.
Presiden ILTC, Francis Siva berkata, pihaknya terpanggil untuk turun padang dan membuat bantahan secara aman kerana tindakan itu adalah kali pertama berlaku di pasaraya yang tidak mengamalkan sikap prihatin terhadap golongan OKU.
Menurutnya, pasaraya yang mempunyai perkhidmatan kepada setiap pelanggan perlu meningkatkan tahap keprihatinan mereka terutamanya kepada golongan OKU tanpa membezakan sifat fizikal seorang individu tersebut.
“Selain itu, kita tidak mahu golongan OKU dilabelkan sebagai pencuri apabila berada di dalam pasaraya memandangkan kebanyakan OKU yang berkerusi roda tidak dapat mencapai kebanyakan barangan yang dipamerkan di pasaraya.
“Selain itu, tindakan kakitangan pasaraya berkenaan turut mempamerkan sikap tidak profesional apabila memalukan OKU dengan membuat pemeriksaan secara terbuka dengan disaksikan beramai-ramai oleh pengunjung pasaraya berkenaan,” katanya yang mengetuai bantahan di hadapan pasaraya terbabit, semalam.
INDEPENDENT LIVING & TRAINING CENTRE MALAYSIA - (BADAN LATIHAN & HIDUP BERDIKARI MALAYSIA) LOT NO. 112, KG. SG. DUA TAMBAHAN, JALAN BATU ARANG, MUKIM RAWANG, 48000 RAWANG SELANGOR DARUL EHSAN TEL: 03-6093 6292 TEL/FAX: 03-6091 2531 Email: iltcmalaysia@gmail.com
No comments:
Post a Comment