NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA

NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA
Badan Latihan dan Hidup Berdikari Malaysia (ILTC) pada 23hb Mac 2016 menyerahkan memorandum kepada ahli-ahli parlimen mendesak supaya golongan orang kurang upaya (OKU) dikecualikan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Disabled Members Protest

Disabled Members Protest
Disabled Members Protest at JPJ Wangsa Maju

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.
Disabled group’s protest disabled drivers required to produce doc's medical report.

Saturday 25 September 2010

OKU bantah MDKL bunuh anjing

Sabtu 25-9-2010

OKU bantah MDKL bunuh anjing

BANTING – Badan Latihan dan Hidup Berdikari (ILTC) yang terdiri daripada golongan orang kurang upaya (OKU) membantah tindakan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) membunuh sembilan anjing liar dengan ubat pelali berdos tinggi.

Tindakan itu dibuat berikutan anjing berkenaan cuba bertindak agresif terhadap kakitangan MDKL serta membaham ayam, kambing dan menyerang mereka di lokasi kes pembunuhan Pengasas Kosmetik terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya di Ladang Gadong, Tanjung Sepat.

Presiden ILTC, Francis Siva berkata, beliau kecewa apabila MDKL mengambil keputusan membunuh anjing liar berkenaan tanpa memikirkan kehidupan tersebut dapat diselamatkan.

Menurutnya, bantahan yang bermula jam 10 pagi itu bertujuan untuk mengenalpasti mengapa pihak terbabit tidak berbincang dengan jabatan terlibat terutamanya jabatan haiwan bagi mengelakkan kehidupan liar itu pupus.

“Selain itu, ILTC yang berperanan meningkatkan kebajikan dari setiap sudut meminta Kerajaan Negeri Selangor memberi maklum balas terhadap tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan membunuh kehidupan liar berkenaan.

“Sebagai manusia ahli ILTC tidak boleh menerima hakikat mengapa haiwan liar berkenaan dibunuh sedangkan haiwan lain yang terdapat di Ladang Gadong berkenaan dipelihara semula,” katanya yang mengetuai bantahan berkaitan sembilan anjing liar dibunuh di perkarangan MDKL semalam.

Sementara itu Yang Dipertua MDKL, Abdul Razak Jaafar berkata, beliau mendapat arahan daripada polis untuk menangkap anjing liar berkenaan kerana dipercayai mengganggu kerja siasatan polis di lokasi berkenaan.

Menurutnya, semasa tangkapan dilakukan, anjing berkenaan bertindak agresif ke atas kakitangan MDKL sehingga memaksa MDKL memberi suntikan pelali.

“Pihaknya hanya menerima arahan polis bagi membantu melancarkan perjalanan siasatan di lokasi ladang berkenaan tanpa niat,” katanya.

Sementara itu, sedikit kekecohan berlaku apabila beberapa orang awam tidak berpuas hati dengan tindakan kumpulan OKU terbabit yang mengadakan bantahan terhadap anggota MDKL membunuh anjing liar berkenaan sehingga mencetuskan kekecohan tetapi dapat diselesaikan kakitangan MDKL dan anggota polis yang tiba.

Dalam pada itu, kelihatan kakitangan MDKL meminta kumpulan OKU bersurai tetapi mendapat tentangan daripada mereka kerana tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan MDKL.

Ahli ILTC kemudiannya ke balai polis untuk membuat laporan.

No comments: