NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA

NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA
Badan Latihan dan Hidup Berdikari Malaysia (ILTC) pada 23hb Mac 2016 menyerahkan memorandum kepada ahli-ahli parlimen mendesak supaya golongan orang kurang upaya (OKU) dikecualikan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Disabled Members Protest

Disabled Members Protest
Disabled Members Protest at JPJ Wangsa Maju

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.
Disabled group’s protest disabled drivers required to produce doc's medical report.

Monday 18 October 2010

ILTC masih perlukan dana

Article 18/10/2010

ILTC masih perlukan dana

RAWANG – Badan Latihan dan Hidup Berdikari (ILTC) masih memerlukan dana bagi membina bangunan sendiri khas untuk golongan orang kurang upaya (OKU).

Presiden yang juga pengasas ILTC, Francis Siva berkata, mereka berjaya mengumpulkan RM380,000 dan masih memerlukan RM570,000 bagi melengkapkan pembinaan bangunan berjumlah RM950,000.

Katanya, bagaimanapun dana sedia ada buat masa ini mampu menampung kemudahan fizikal sepatutnya untuk OKU itu.

“Kami sangat terharu apabila dimaklumkan Exco Negeri, Dr Xavier Jayakumar akan berbincang dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk memberikan dana kira-kira 20 peratus iaitu sekitar RM200,000 daripada kos keseluruhan pembinaan ini.

“Dijangkakan bangunan seluas 1,207 meter persegi ini akan siap dalam tempoh setahun lagi,” katanya selepas majlis pecah tanah pembinaan bangunan itu disempurnakan Xavier, di Kampung Sungai Dua Tambahan, di sini.

Pada program berkenaan, Xavier yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, melancarkan simbolik perasmian dengan menyimen batu-bata pertama bagi pembinaan bangunan OKU itu.

Hadir sama, kira-kira 60 ahli dengan pelbagai jenis kecacatan fizikal dan turut disertai penuntut Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang membuat latihan praktikal di ILTC.

Difahamkan tapak pembinaan itu pula adalah sebahagian tanah pemberian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Rawang, Datuk Tang See Hang.

Mengulas berhubung premis digunakan ILTC bagi kegunaan 180 ahlinya buat masa ini, Francis berkata, ia hanya sebuah rumah teres lot tepi, dengan sewa RM1,200 sebulan di Kuala Garing.

“Kita harap tempat baru nanti dapat memberikan kemudahan kepada semua golongan OKU dari semua kawasan dengan perkhidmatan seperti latihan memandu, menjahit, memasak, kelas komputer, kepimpinan dan lain-lain secara percuma.

“Kita jangka bangunan ini juga akan menjadi model terbaik bagi pembinaan bangunan OKU yang sepatutnya, dengan keseluruhan kos diperuntukkan termasuk kemudahan kelengkapan dan peralatan,” katanya.

Difahamkan, usaha OKU lumpuh separuh badan itu mendapat sokongan isterinya, P Gurdip Kaur yang juga berkerusi roda.

Gurdip berkhidmat sebagai Setiausaha ILTC sejak 2000.

Sesiapa berhasrat membantu golongan ini, boleh menghubungi Francis (019-3385959) atau melawat laman web iltcmalaysia.blogspot.com atau email iltcmalaysia@gmail.com.

No comments: