NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA

NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA
Badan Latihan dan Hidup Berdikari Malaysia (ILTC) pada 23hb Mac 2016 menyerahkan memorandum kepada ahli-ahli parlimen mendesak supaya golongan orang kurang upaya (OKU) dikecualikan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Disabled Members Protest

Disabled Members Protest
Disabled Members Protest at JPJ Wangsa Maju

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.
Disabled group’s protest disabled drivers required to produce doc's medical report.

Wednesday 11 July 2012

Thank you for highlighting


ILTC Malaysia would like to thanking YB. Gan Pei Nei for bringing up the matter at the Sidang Dewan Negeri Selangor to set up OKU Technical Committee at the PBT’s in Selangor. 
--------------------------------------------------------------------------------

UCAPAN DEWAN TENTANG RANG UNDANG-UNDANG PEMBEKALAN TAMBAHAN 2012

Teks Ucapan saya pada Mesyuarat Ke-2 Persidangan Penggal Ke-5, Dewan Negeri Selangor Yang Ke-12.
Sidang DUN 2012
Terima kasih, Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada Rawang untuk turut serta dalam perbahasan rang undang-undang pembekalan tambahan 2012.
Sebelum saya mengulas lebih lanjut, ingin saya ingatkan wakil-wakil rakyat daripada  BN, yang mewakili rakyat di Negeri Selangor, bahawa rakyat Selangor  menyumbangkan RM16 bilion ringgit kepada persekutuan setiap tahun dalam bentuk cukai, tetapi peruntukan yang disalurkan kembali untuk pembangunan Selangor adalah RM400 juta sahaja setiap tahun.  Sekiranya BN betul utamakan rakyat, saya cabar  wakil-wakill rakyat BN suruh Kerajaan Persekutuan salurkan peruntukan yang adil dan setimpal balik kepada Selangor.  Dengan ini, saya yakin Kerajaan Selangor boleh melaksanakan lebih banyak polisi dan program yang boleh memberi manfaat kepada rakyat Selangor, termasuk pendidikan percuma yang begitu diminati oleh pihak pembangkang.
Walaubagaimana pun, saya ingin mengucapkan syabas kepada Kerajaan PR di bawah pimpinan Menteri Besar Y.A.B Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim serta barisan EXCO kerana berjaya meneruskan Dasar Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor yang berpaksikan kepedulian kepada rakyat, walaupun menghadapi sekatan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional.
Dasar ini harus diteruskan dengan usaha bersepadu daripada semua pihak bagi membantu rakyat daripada golongan yang memerlukan, melalui sistem yang telus dan cekap, tanpa perlu melalui birokrasi yang banyak supaya rakyat boleh terus menikmati manfaat ini.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian:
1)Pihak Berkuasa Tempatan
a) Tabung Keselamatan
Aspek keselamatan memang menjadi semakin runcing dan dibimbangi oleh rakyat.  Walaupun Menteri Dalam Negeri telah menolak tawaran Kerajaan Negeri Selangor bagi menempatkan polis bantuan untuk mengurangkan kadar jenayah dan menjaga keselamatan warga negeri Selangor, namun saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan negeri supaya menggunakan peruntukkan negeri yang sedia ada untuk mewujudkan dana keselamatan di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui Jawatankuasa Bandar Selamat untuk menaik tarafkan ciri-ciri keselamatan infrastruktur khasnya seperti memasang spot-light, lampu jalan di tempat-tempat awam yang gelap.  Dana ini juga harus terbuka kepada persatuan penduduk serta NGO yang selama ini terlibat dalam aktiviti menjaga keselamatan di komuniti mereka.
b) Jawatankuasa Teknikal Orang Kelainan Upaya (OKU)
Rawang juga ingin mengetahui status terkini tentang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang manakah telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Kemudahan Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi merancang dasar di setiap PBT mewujudka demi suasana persekitaran yang Bebas Kekangan (Free Barrier) dan senang diakses oleh golongan kelainan upaya.  Cadangan Rawang adalah supaya setiap PBT membuat laporan audit kemudahan OKU bagi mengenal pasti sejauh manakah perancangan perbandaran adalah mesra OKU dan cadangan pembaikan yang perlu dilaksanakan.  Kerajaan Negeri Selangor juga harus memberi latihan dan wujudkan sistem sokongan bagi membolehkan ahli jawatankuasa sentiasa peka terhadap perkembangan terkini berkenaan keperluan dan polisi untuk golongan OKU.
c) Zon BERSIH
Pembersihan dan pengurusan sisa pepejal merupakan satu aspek yang penting bagi menjamin kesejahteraan komuniti tempatan.   Kerajaan negeri perlu mewujudkan satu perancangan yang lebih holistik yang memberi penumpuan bukan sahaja kepada mengambil alih aspek pembersihan daripada Alam Flora dan memulihkan tapak pelupusan sampah; malahan saya ingin mencadangkan supaya industri pengurusan sisa pepejal ini distrukturkan semula dengan menubuhkan sebuah konsortium yang memungut, memantau dan mengitar semula sisa pepejal yang dikutip.
Konsep Zon Bersih, yang mana sekarang wujudnya zon hijau, sepatutnya diintegrasikan menjadi Zon Mampan, (sustainable zone) dengan izin supaya fokus kepada inovatif untuk menggabungkan sumber alam seperti air, solar serta sisa sampah yang ada dalam sesuatu komuniti itu untuk mewujudkan suasana persekitaran yang mampan.  Kempen kesedaran kepada masyarakat umum untuk mengasingkan sampah, menjalankan kompos di rumah, mengkitar semula sampah yang dibuang dan dikutip bagi menjaga alam sekitar haruslah dipergiatkan.  Hasil sampah yang dikutip ini boleh dikitar semula menjadi barang yang mesra alam dan seterusnya dijual untuk menjadi sumber ekonomi Kerajaan Negeri Selangor.  Sebagai contohnya di Taiwan, Kerajaan Tempatannya menggunakan minyak masak yang dikutip dan dikitar semula menjadi sabun untukk dijual.
Dengan ini, saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri juga menambahkan peruntukan untuk Alam Sekitar supaya kempen-kempen seperti Forum Hijau boleh diadakan di setiap DUN di Negeri Selangor.  Program ini membolehkan Y.B EXCO untuk turun padang dan mendekati komuniti tempatan bagi menjelaskan dasar alam sekitar kerajaan dan seterusnya memberi ruang kepada orang ramai untuk mmemberi maklum balas.  Seperti contoh, Forum Hijau yang diadakan di Rawang sempena Hari Alam Sekitar pada tahun lepas telah mendapat sambutan yang baik daripada penduduk tempatan yang mana ramai melontarkan idea dan keprihatinan mereka terhadap isu alam sekitar di tempat tinggal mereka seperti pembanguan di cerun bukit, pencemaran alam sekitar dan sebagainya.  Y.B Kajang juga telah adakan Karnival Hari Bumi yang melibatkan kampung-kampung di kawasan Kajang bagi memupuk kesedaran tentang cinta terhadap alam sekitar.  Usaha seperti ini perlu diteruskan supaya rakyat memahami polisi kerajaan dan seterusnya melibatkan diri untuk bersama-sama melindungi alam sekitar di Selangor.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian:
2) Pendidikan
a) Tabung Pendidikan Anak-anak Syarikat Negeri Selangor
Rawang menyambut baik usaha Kerajaan Negeri Selangor yang telah mewujudkan Tabung Pendidikan Anak-anak dan badan-badan berkanun negeri yang berjumlah RM10juta pada bulan Mac tahun ini untuk memberi biasiswa, dermasiswa dan bantuan kepada warga kerja anak-anak syarikat kerajaan negeri dan anak-anak mereka yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke peringkkat yang lebih tinggi.
Rawang ingin tahu berapa orangkah yang mendapat manfaat daripada tabung ini.  Saya juga ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri Selangor membuka tawaran biasiswa/pinjaman pendidikan Anak Syarikat Selangor tersebut kepada orang awam memandangkan permintaan untuk permohonan adalah begitu tinggi sejajar dengan dasar Kerajaan Negeri Selangor yang hendak melahirkan warga negeri yang berilmu.  Mereka yang telah menamatkan pengajian juga harus ditawarkan peluang pekerjaan untuk bekerja dengan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Sel dan agensi-agensi Kerajaan Negeri Sel supaya ilmu kepakaran mereka boleh digarap dan disumbangkan balik kepada pembangunan masyarakat dan negeri Sel.
3) WIFI PERCUMA
 Selain itu, Rawang juga meyambut baik inisiatif kerajaan negeri untuk mengadakan WIFI percuma di seluruh negeri Selangor, namun usaha ini perlu disegerakan.  Rawang ingin mencadangkan supaya Info Desa yang ada sekarang boleh dikaji bilangannya dan ditambahkan, serta diadakan kelas komputer percuma untuk warga desa bagi mengurangkan jurang infomasi antara desa dan bandar.
Kerajaan Negeri juga harus memberi komputer secara percuma kepada pelajar-pelajar daripada keluarga yang kurang mampu supaya mereka juga boleh menerima manfaat daripada dasar kerajaan ini untuk mengurangkan jurang informasi yang sedia ada.
Akhir sekali, saya juga ingin mmengambil kesempatan ini untuk mencadangkan supaya Kerajaan Negeri Selangor mengkaji semula kadar gaji untuk kerani kawasan yang bertugas di Pejabat ADUN sekarang memandangkan skop kerja mereka semakin meningkat.  Kadar gaji yang sedia ada adala RM1,400 sahaja dan ini adalah di bawah garis kemiskinan yang ditentukan oleh kerajaan.  Kenaikan gaji adalah perlu memandangkan skop kerja kerani kawasan semakin meningkat.  Mereka sekarang bukan sahaja perlu menerima aduan di pejabat, tetapi juga perlu menguruskan Program JOM SHOPPING untuk Skim Mesra Usia Emas dan TAWAS.  Saya ingin cadangkan supaya Kerajaan Negeri Selangor memberi latihan kemahiran yang memadai supaya mereka boleh menawarkan perkhidmatan yang terbaik dan mesra rakyat.
Sekian, ucapan saya.  Terima kasih.

No comments: