NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA

NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA
Badan Latihan dan Hidup Berdikari Malaysia (ILTC) pada 23hb Mac 2016 menyerahkan memorandum kepada ahli-ahli parlimen mendesak supaya golongan orang kurang upaya (OKU) dikecualikan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Disabled Members Protest

Disabled Members Protest
Disabled Members Protest at JPJ Wangsa Maju

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.
Disabled group’s protest disabled drivers required to produce doc's medical report.

Wednesday 19 September 2012

PKNS bina rumah mampu milik mesra OKU


PKNS bina rumah mampu milik mesra OKU
 

BANGI : Prihatin dengan kemudahan Orang Kelainan Upaya (OKU),  Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tampil membina rumah kos rendah yang mesra golongan berkenaan.

Sebagai permulaan terletak di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi sebanyak empat unit rumah dibina khas untuk OKU dan konsep ini mendapat pujian dari Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad.

Beliau yang ditemui selepas mengadakan lawatan tapak bagi melihat perkembangan projek ini berkata idea ini akan digunakan untuk beberapa projek perumahan mampu milik yang akan dibina kelak.
“Tahniah saya ucapkan kepada PKNS dan pihak arkitek kerana memikirkan konsep ini dengan menampilkan beberapa kemudahan kepada OKU.


 “Reka bentuk disini lebih luas berbanding rumah kos rendah. Tedapat balkoni bagi setiap rumah serta disediakan tempat santai dan berkumpul untuk orang ramai di tingkat atas,” katanya.

Katanya, setakat ini Kerajaan Negeri masih berbincang untuk memperuntukkan beberapa unit rumah kepada OKU dalam projek perumahan akan datang.
Konsep ini sebenarnya difikirkan hasil perbincangan secara menyeluruh melibatkan pihak Kerajaan Negeri, pemaju dan swasta.

Projek pangsapuri enam tingkat di Seksyen 6,  Bandar Baru Bangi mempunyai 124 unit rumah dimulakan pada tahun 2011 dan dijangka siap pada Februari 2013.

Setakat ini, kerja-kerja pembinaan siap 55 peratus.

Kos pembangunan projek ini ditanggung sepenuhnya oleh PKNS dengan keluasan 700 hingga 800 kaki persegi (kps) dan ia terletak di atas tanah pegangan bebas.

Harga jualan bagi seunit pangsapuri ini dalam lingkungan RM60,000 hingga RM99,000 dan dijangka tidak melebihi RM150,000.

No comments: