NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA

NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA
Badan Latihan dan Hidup Berdikari Malaysia (ILTC) pada 23hb Mac 2016 menyerahkan memorandum kepada ahli-ahli parlimen mendesak supaya golongan orang kurang upaya (OKU) dikecualikan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Disabled Members Protest

Disabled Members Protest
Disabled Members Protest at JPJ Wangsa Maju

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.
Disabled group’s protest disabled drivers required to produce doc's medical report.

Wednesday 23 March 2016

Warga OKU marah, dah setahun berlalu masih dikenakan GST


Warga OKU marah, dah setahun berlalu masih dikenakan GST 

OKU-GST
Intan byline
KUALA LUMPUR, 23 Mac: Badan Latihan dan Hidup Berdikari Malaysia (ILTC) hari ini menyerahkan memorandum kepada ahli-ahli parlimen mendesak supaya golongan orang kurang upaya (OKU) dikecualikan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Presiden ILTC Francis Siva berkata golongan kurang upaya merupakan golongan yang berpendapatan rendah ataupun tiada pendapatan langsung dan dengan mengenakan cukai GST ini, golongan OKU ini merupakan antara golongan yang paling teruk terjejas.
“Saya nak minta kerajaan supaya kami (golongan OKU) dikecualikan daripada GST. Kami nak jalankan hidup seharian pun kami terpaksa minta bantuan kewangan inikan lagi kami terpaksa membayar GST,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Parlimen hari ini.
Difahamkan, memorandum hari ini telah diterima oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah dan beberapa ahli Parlimen dari parti pembangkang yang lain.
Selain itu, menurut Francis lagi, tahun lalu, Pengarah Kastam GST, Datuk Subromaniam Tholasy telah memaklumkan bahawa golongan OKU boleh mendapatkan alat bantuan daripada syarikat organisasi yang berdaftar dengan Jabatan Khidmat Masyarakat (JKM).
“Tetapi kami tak diberi maklumat bagaimana nak dapatkan pengecualian. Pegawai kastam minta tulis surat kepada pihak pengurusan GST di Kelana Jaya walaubagaimanapun, lepas itu, meraka minta kami hantar surat ke Kementerian Kewangan.
“Mereka tak ada prosedur operasi standard (SOP) untuk dijadikan garis panduan,” ujarnya.
Atas sebab itu, Francis mencadangkan kepada kerajaan supaya isukan satu kad pengenalan oleh JKM bagi benarkan mereka dikecualikan dari GST.
“Pada masa yang sama kad itu juga benarkan kami dapat diskaun untuk beli tiket penerbangan, pembaharuan cukai jalan secara percuma, bil telefon secara percuma dan pembaharuan pasport antarabangsa.
“Kami amat berharap pihak kerajaan dapat teliti perkara ini dan tidak menambah beban kami membayar GST,” tegasnya.–TMT

No comments: