NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA

NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA
Badan Latihan dan Hidup Berdikari Malaysia (ILTC) pada 23hb Mac 2016 menyerahkan memorandum kepada ahli-ahli parlimen mendesak supaya golongan orang kurang upaya (OKU) dikecualikan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Disabled Members Protest

Disabled Members Protest
Disabled Members Protest at JPJ Wangsa Maju

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.
Disabled group’s protest disabled drivers required to produce doc's medical report.

Friday 9 September 2016

Rumah OKU dilelong tanpa notis, BSN digesa bertimbang rasa

 | September 9, 2016
Selepas ditimpa kemalangan pada Jun 2015 semasa bekerja di sebuah syarikat kimpalan besi, Balan lumpuh di bahagian bawah badan dan kini menunggu pampasan.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini digesa membantu kes melibatkan seorang pemilik rumah kurang upaya yang berdepan tindakan Bank Simpanan Nasional melelong rumahnya.
Setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM) Seremban, Tinagaran Subramaniam, berkata ada sesuatu yang tidak kena dalam masalah yang menimpa Balan Perumal sejak Julai 2015.
Balan yang membeli rumah di Taman Seremban Jaya pada 2015 membayar ansuran perumahan sebanyak RM700 setiap bulan kepada BSN.
Selepas ditimpa kemalangan pada Jun 2015 semasa bekerja di sebuah syarikat kimpalan besi, Balan lumpuh di bahagian bawah badan sekaligus hilang keupayaan berjalan.
“Sejak kejadian itu saya diarahkan untuk berehat. Saya mendapatkan rawatan berterusan di Hospital Besar Seremban.
“Saya memaklumkan kepada pihak BSN mengenai masalah ini. Mereka sedia maklum tentang proses tuntutan insuran. Kenapa kena teruskan proses lelongan rumah saya?
“Tidak adil bagi warga OKU seperti saya, mereka melelong rumah saya tanpa sebarang notis,” katanya.
Balan berkata bayaran ansuran rumah hanya tergendala selepas kemalangan itu.
Menurutnya, kakaknya Devi Perumal berjumpa dengan pegawai di ibu pejabat BSN yang turut terperanjat mendengar penjelasannya.
PSM menggesa pihak bank menunggu sementara proses pampasan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan insuran selesai.
“Kami merayu BSN cuba fahami keadaan Balan dan tidak memikirkan keuntungan semata-mata.
“Dalam hal ini, saya cuma nak tanya pihak bank mengapa Balan tidak diberikan peluang sewajarnya?” tanya Tinagaran.
Beliau turut berharap tidak ada salah guna kuasa dan penyelewengan di bank berkenaan.
“Mana mungkin anda melelong rumah itu tanpa memeriksa terlebih dahulu apa yang terjadi kepada Balan,” katanya.
Memorandum PSM hari ini diserahkan kepada Pesuruhjaya Suhakam, Francis Johen.

No comments: