NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA

NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA
Badan Latihan dan Hidup Berdikari Malaysia (ILTC) pada 23hb Mac 2016 menyerahkan memorandum kepada ahli-ahli parlimen mendesak supaya golongan orang kurang upaya (OKU) dikecualikan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Disabled Members Protest

Disabled Members Protest
Disabled Members Protest at JPJ Wangsa Maju

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.
Disabled group’s protest disabled drivers required to produce doc's medical report.

Wednesday, 2 March 2022

Kenapa OKU tolak sistem bayaran baru JKM



story-image

Kumpulan orang kurang upaya (OKU) menolak sistem bayaran baru bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atas alasan menyusahkan serta dibuat tanpa rundingan yang cukup.

Presiden Badan Latihan dan Hidup Berdikari (ILTC) Malaysia, G Francis Siva berkata ia menyusahkan lagi kehidupan OKU yang sedia susah. 

Katanya, jika benar kerajaan cakna akan nasib OKU, kerajaan seharusnya mendengar suara mereka tentang kesusahan yang terpaksa dihadapi dalam mengharungi hidup seharian. 

Francis Siva, duduk, berbaju hitam

Setiausaha Pertubuhan Kederaan Tulang Belakang Malaysia (Masia) S Jeyaraj pula berkata dia telah memberikan maklum balas berkaitan idea itu kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun.

Katanya, Rina berjanji untuk memberikan maklum balas dalam terhadap memorandumnya dalam masa dua minggu, namun janji itu tidak dikotakan. 

Katanya, ketika dijemput untuk menghadiri mesyuarat minggu lalu, mereka diterangkan tentang manfaat JKMPay oleh pegawai yang hadir, namun tidak diberikan masa cukup untuk bertanya soalan. 

S Jeyaraj, duduk, berbaju biru muda

Rina sendiri, kata Jeyaraj, tidak hadir pada mesyuarat itu. 

"Kami hentikan mereka (pegawai) pada mesyuarat itu, kami kata kami tak berminat tentang segala manfaat ini. Kami mahu JKMPay dihentikan. 

"[...] Pada mesyuarat itu, mereka tak berikan kami masa untuk bertanyakan soalan, bahkan sesetengah soalan (dibangkitkan) tidak dapat dijawab oleh mereka, kerana ia hanya boleh dijawab oleh Rina, tapi Rina tak mahu berdepan dengan kami," katanya. 

Menerusi JKMPay, separuh bantuan akan disalurkan terus ke akaun penerima. Selebihnya - 50 peratus lagi - dimasukkan ke kad tanpa tunai JKMPay.

Pembelian melalui kad itu hanya boleh digunakan di kedai-kedai yang berdaftar dengan Bank Islam, bagi membeli barangan keperluan asas dan ubat-ubatan yang disenaraikan. 

Ada beli rokok, kata menteri

Pada hujung Jan, Rina mempertahankan JKMPay sebagai cara membantu OKU menguruskan belanja dan menangani masalah salah guna bantuan.

Kata Rina, ada laporan mengatakan bantuan disalah guna, antaranya untuk membeli rokok,  digunakan ahli keluarga untuk membeli barang bukan keperluan.

Bagaimapun, kata Jeyaraj: "Kami dah terima wang ini bertahun-tahun lamanya, kami tahu bagaimana hendak menggunakan wang ini."

Seorang OKU penglihatan yang juga usahawan, T Ruken, merayu kerajaan tidak menyusahkan OKU dengan hanya mengehadkan pembelian barangan tertentu di kedai-kedai tertentu.

T Ruken

Katanya, duit itu mungkin diperlukan OKU untuk banyak tujuan keperluan lain seperti rawatan dialisis, bayaran sewa rumah, utiliti, dan pendidikan anak-anak. 

"Sudahlah bantuan yang kami terima itu sedikit, bolehkan menteri-menteri hidup mewah seperti yang anda lihat (dengan jumlah bantuan seperti yang kami terima)?

"Kami berharap untuk OKU, janganlah disusahkan lagi, kami sudah pun hidup dalam kesusahan. 

"Cuba hidup kehidupan kami untuk satu hari. Baru anda akan tahu kesusahan yang kami lalui," katanya. 

Terdahulu kumpulan itu mengadakan demonstrasi dekat parlimen di ibu negara bagi membantah langkah JKM itu.


No comments: