NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA

NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA
Badan Latihan dan Hidup Berdikari Malaysia (ILTC) pada 23hb Mac 2016 menyerahkan memorandum kepada ahli-ahli parlimen mendesak supaya golongan orang kurang upaya (OKU) dikecualikan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Disabled Members Protest

Disabled Members Protest
Disabled Members Protest at JPJ Wangsa Maju

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.
Disabled group’s protest disabled drivers required to produce doc's medical report.

Wednesday 19 December 2007

My Unfinished Speech On OKU

My Unfinished Speech On OKU
by Teresa Kok

December 19th, 2007

The Disabled people from some organisations for the disabled (OKU) have been hanging around in Parliament for about 3 days. They came on the day when Shahrizat presented the bill on Persons With Disabilities 2007 in Dewan Rakyat last Thursday. They then waited till today afternoon then only have chance to observe the MPs debate in Dewan Rakyat.

I have been very busy in the past few days over series of other issues. I was a bit relaxed when I was told that the Parliament will not debate on the Special Complaint Commission in this sitting. After the press conference with NGOs in the afternoon, I then spoke to some OKU and took some points from them.

I also spoke to my friend Honey Tan and took some points from her over the phone, when I opened my Facebook, I noticed a blogger emailed me his piece on OKU and expressed his concern over OKU bill. I then quickly combined all these points into the speech below. I did it when Shahrizat started her presentation on the introduction of the bill in Dewan Rakyat.

As usual, the speaker allowed BN MPs to speak first. When it came to MP for Kinabatangan, he asked all MPs not to take too much time to debate this bill because the OKU have been waiting for too long in the Parliament, and all MPs should just support and pass the bill and should not waste time on the debate. I tried to interrupt his speech but he didn’t give me chance. I then whacked him in my speech after that.

However, the Deputy Speaker Dr Yusof did not allow me to deliver the speech below. I tried to argue with him to allow me more time to speak but he said he has to limit our time to speak. I then passed the remaining part of my speech to Chow Kon Yeow who sits next to me, ask him to speak on my behalf as I have to rush to Seremban to attend a DAP dinner there.

Below is my speech on the Disabled Persons Bill:

Ucapan YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh Dalam Perbahasan Rang Undang-Undang Orang Kurang Upaya 2007

Datuk yang diPertua, kenyataan yang diluahkan oleh YB Kinabatangan dan Sri Gading yang menyeru Dewan yang mulia ini untuk mempercepatkan perbahasan rang undang-undang ini adalah amat tidak munasabah, ini menunjukkan kedua-dua mereka tidak faham tentang kehendak OKU. Para wakil OKU telah datang ke Parlimen sebanyak 3 hari, mereka datang untuk mendengar perbahasan Ahli Parlimen dan mereka tidak akan puas hati sekiranya Dewan Rakyat meluluskan rang undang-undang ini secara tergesa-gesa. Sekiranya kita sayang pada OKU, Parlimen kita haruslah meletakkan rang undang-undang ini sebagai agenda pertama supaya mereka tidak perlu datang ke Parlimen selama 3 hari.

Tema bagi International Day of Disabled Persons (IDDP) 2007 is “Decent Work for Persons with Disabilities.” Ini adalah kerana 80% daripada Orang Cacat ataupun OKU ialah penganggur. Pada umumnya, 10% daripada jumlah kependudukan atau populasi kita ialah OKU, sekiranya peratusan ini dipakai dalam Malaysia, maka 2.16 juta OKU yang menganggur di negara kita.

Banyak faktor yang menyebabkan OKU tidak dapat bekerja, khususnya faktor pengangkutan awam. Tanpa pengangkutan awam yang mudah diguna oleh OKU, maka memang amat susah bagi OKU untuk bekerja dan belajar di sekolah. Selain itu, banyak bangunan dan kemudahan publik di negara kita adalah amat tidak mesra kepada OKU dan susah bagi mereka untuk beroperasi di sesuatu tempat. Selalunya majikan pilih tidak mengupah OKU untuk bekerja dengan mereka kerana mereka kurang faham tentang isu berkenaan OKU. Selain itu, terdapatnya majikan yang mengupah OKU demi “corporate social responsibility” dan bukan kerana kepakaran OKU dalam bidang tertentu yang boleh menyumbang kepada syarikat ataupun sesuatu organisasi. Keadaan ini merupakan kejahilan orang ramai terhadap kepakaran OKU.

Majlis Kebangsaan Bagi OKU – Kenapakah tidak ada perwakilan OKU?

Dari segi keanggotaan Majlis Kebangsaan Bagi OKU ini, saya merasa hairan bahawa rang undang-undang ini langsung tidak sebut tentang perwakilan OKU, manakala rang undang-undang ini adalah mengenai OKU. Dalam rang undang-undang mengenai wanita, perwakilan wanita haruslah dimasukkan dalam keanggotaan Majlis Kebangsaan Wanita kerana wanitalah yang paling tahu tentang masalah wanita, jadi macam manakah rang undang-undang OKU tidak memasukkan perwakilan OKU dalam keanggotaan Majlis Kebangsaan Bagi OKU?

Selain itu, kenapakah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak dimasukkan dalam senarai anggota Majlis Kebangsaan Bagi OKU? Bukankah ini merupakan kementerian yang paling penting memandangkan struktur bangunan dan kerajaan tempatan yang selalu merupakan halangan bagi OKU untuk bekerja dan beroperasi?

Di sini, saya juga ingin mencadangkan supaya jabatan bagi OKU di Kementerian Wanita, Pembangunan Keluarga dan Masyarakat haruslah menggaji OKU untuk berkhidmat di jabatan ini kerana golongan OKU yang paling faham tentang masalah mereka dan cara penyelesaian masalah mereka.

Sehubungan dengan itu, kenapakah Kementerian Wanita, Pembangunan Keluarga dan Masyarakat tidak mengadakan rundingan dengan para persatuan OKU di negara kita sebelum rang undang-undang ini digubal dan dibentangkan? Saya difahamkan bahawa para NGO OKU ini hanya dijemput untuk menghadiri taklimat tentang rang undang-undang ini sebelum ia dibentangkan di Parlimen sahaja. Kenapakah mereka tidak dirundingi sebelum ini?

Bagi perlantikan Prof Dr Ismail Salleh sebagai senator pula, saya ingin mengucapkan tahniah kepada professor ini, walau bagaimanapun, senator ini dilantik kerana kepakaran dan kebolehannya di bidangnya tetapi beliau bukan merupakan pejuang bagi OKU. Jadi sekiranya kerajaan serius untuk memberi keutamaan bagi OKU, selain daripada Prof Dr Ismail Salleh, kerajaan juga harus melantik lagi pejuang atau jurucakap OKU untuk menjadi senator dan pemegang jawatan tinggi di kerajaan.

Pemaju Harus Diwajib Untuk Melakukan Penyesuaian Munasabah

Di sini saya ingin menyentuh tentang “penyesuaian munasabah” ataupun “reasonable accommodation” yang termaktub dalam bahagian tafsiran dalam rang undang-undang ini berbunyi: pengubahsuaian dan pelaran yang perlu dan sesuai tanpa mengenakan bebanan tidak seimbang atau tidak wajar, jika diperlukan dalam hal tertentu untuk memastikan orang kurang upaya menikmati atau menjalani kehidupan yang berkualiti dan sejahtera atas asas kesetaraan dengan orang upaya.

Soalan saya ialah, apakah maksud “pengubahsuaian dan pelaran yang perlu dan sesuai tanpa mengenakan bebanan tidak seimbang atau tidak wajar” ataupun “ necessary and appropriate modifications and adjustments not imposing a disproportionate or undue burden”? — setiap pemaju akan cari jalan keluar di bawah fasal ini dan tidak membuat pengubahsuaian yang wajar bagi OKU. Kita tidak harus membiarkan pemaju untuk mengelakkan tanggungjawab daripada rang undang-undang ini. Kerajaan harus memastikan supaya keadilan sosial ataupun “Social Justice” dilaksanakan oleh pihak pemaju dan ia tidak harus berkompromi atas isu ini.

Dalam rang undang-undang ini, isu “diskriminasi” tidak wujud dalam rang undang-undang ini. Jadi sekiranya seseorang OKU mendapati sesetengah pihak ataupun bangunan tidak mesra kepada OKU, mereka hanya boleh membentangkan aduan kepada Majlis Kebangsaan Bagi OKU, Majlis ini kemudian menyampaikan aduan kepada authority yang berkaitan, tetapi rang undang-undang ini tidak memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang gagal menjaga kebajikan dan memberi kemudahan kepada OKU.

Masalah Penguatkuasaan
Memang tidak dapat dinafikan, selepas rang undang-undang ini diluluskan, ia akan menjadi tanda penting bagi OKU. Walau bagaimanapun, saya ingin tanya, macam manakah kementerian dapat memastikan isu penguatkuasaan dilaksanakan? Penggubalan sesuatu rang undang-undang tanpa penguatkuasaan adalah tidak berguna langsung. Misalnya Uniform Building By-Law 34A dalam Street, Drainage and Building Act adalah contoh yang paling nyata, yang mana kerajaan tempatan yang sepatutnya bertanggungjawab untuk menguatkuasakan pihak terlibat untuk mencapai standard menjaga OKU selalunya merupakan pihak yang melanggari undang-undang sendiri.

Misalnya, Sdri Gurdip Kaur, setiausaha bagi Independent Living and Training Center, beliau menerima saman daripada Majlis Perbandaran Klang dan didakwa ke mahkamah kerana tidak membayar tiket meletak kereta. Gurdip Kaur berkata, sebab dia tidak membayar tiket perletakan kereta ialah kerana pihak kerajaan tempatan tidak menyediakan petak letak kereta bagi OKU, selain itu, mesin pembayaran tiket letak kereta adalah terlalu tinggi bagi OKU yang duduk dalam kerusi roda, jadi beliau pun tidak bayar tiket letak kereta. Kesemua ini merupakan isu kecil bagi orang yang normal seperti kita tetapi ia merupakan masalah yang amat releven bagi OKU yang harus dipentingkan oleh kerajaan.

Seksyen 17 dalam rang undang-undang ini adalah “Tindakan Susulan” ataupun “follow up”, yang mana menghendaki kementerian, agensi, badan atau pertubuhan kerajaan mengemukakan laporan tentang langkah yang diambil dalam mematuhi peruntukan akta ini sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis. Masalahnya ialah, sekiranya rang undang-undang ini tidak mengenakan hukuman ataupun “sanction” kepada pihak yang tidak mematuhi akta ini, apa yang akan dibuat oleh kerajaan sekiranya pihak terlibat tidak ikut akta ini?

Seksyen 19 dalam rang undang-undang ini adalah menghendaki Majlis untuk membentangkan laporan tahunan kepada Parlimen. Di Kanada, kerajaannya amat mementingkan isu kesaksamaan gender, jadi Menteri yang menjaga hal ehwal wanita dihendaki membentangkan laporan tentang kemajuan wanita di Parlimen negara itu. Jadi, sekiranya kerajaan adalah serius tentang perlaksanaan rang undang-undang ini, kerajaan mestilah mengadakan satu mekanisme untuk mewajibkan Menteri yang menjaga kebajikan OKU untuk membentangkan laporan tentang kemajuan OKU kepada Parlimen.

Teresa Kok

1 comment:

stanley said...

after waiting so long for the Disable act and when it was passed in the Dewanin2007 it lok like the Disable has no say what so ever .

IT WILL BE BETTER BE CALLED ABLE BODY ACT 2007 because all the council members are able bodies and if you look at part II 3 j the OKU's should be able to appoint the ten council members and not the Minister, and the
PII 5 the minister can revoke an appointment member at her own will if the member is vocal and voice out issue the Minister don't like.