NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA

NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA
Badan Latihan dan Hidup Berdikari Malaysia (ILTC) pada 23hb Mac 2016 menyerahkan memorandum kepada ahli-ahli parlimen mendesak supaya golongan orang kurang upaya (OKU) dikecualikan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Disabled Members Protest

Disabled Members Protest
Disabled Members Protest at JPJ Wangsa Maju

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.
Disabled group’s protest disabled drivers required to produce doc's medical report.

Friday 9 May 2008

OKU desak dua Ahli Parlimen mohon maaf

Article From Berita Harian

Friday, 09 May 2008

OKU desak dua Ahli Parlimen mohon maaf



AHLI kumpulan yang dikenali Rakyat Malaysia yang Menentang Diskriminasi Terhadap Orang Kurang Upaya (MADD) menggesa Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali supaya menarik balik apa yang mereka sifatkan sebagai 'kata-kata yang menghina' terhadap Karpal Singh (DAP - Bukit Jelutong) apabila beliau meminta Pengerusi DAP yang berkerusi roda itu berdiri ketika bercakap dalam Dewan Rakyat. Ibrahim meminta maaf kepada kumpulan berkenaan, tetapi bertegas enggan meminta maaf kepada Karpal. Pertengkaran tercetus di lobi Parlimen, semalam apabila sekumpulan orang kurang upaya bersemuka dan mendesak Ibrahim

NASIONAL

OKU desak dua Ahli Parlimen mohon maaf

DRAMA meletus di lobi Parlimen semalam apabila sekumpulan Orang Kurang Upaya (OKU) berkumpul meminta dua Ahli Parlimen, Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) dan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan), memohon maaf kerana menganggap kata-kata mereka dalam Dewan Rakyat sebagai menghina dan memperkecilkan golongan itu.

Suasana lobi Parlimen yang sememangnya agak sibuk sejak sesi Dewan Rakyat mula bersidang minggu lalu, menjadi bertambah kecoh tengah hari semalam apabila lebih 50 wakil golongan itu yang menamakan kumpulan mereka, Pertubuhan Rakyat Malaysia Menentang Diskriminasi OKU (MADD), meninggikan suara meminta Ibrahim dan Bung Mokhtar supaya tampil bersemuka dengan mereka.

Kemarahan kumpulan itu berpunca daripada tindakan Ibrahim pada Selasa minggu lalu yang meminta Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), yang berkerusi roda kerana lumpuh akibat kemalangan pada 2005, untuk berdiri ketika berucap atau mencelah untuk bercakap di Dewan Rakyat.

Keadaan yang sama juga ditujukan kepada Bung Mokhtar yang dikatakan mengeluarkan perkataan yang agak kesat seperti mengejek dengan mengatakan Karpal sebagai `big monkey' (monyet besar), serta mencabar Karpal dengan berkata, "kalau berani bangunlah".

MADD menerusi jurucakapnya, Anthony Thanasayan, yang mendakwa hadir ke Parlimen atas kemahuan sendiri, terus mendesak Ibrahim dan Bung Mukhtar memohon maaf dan mereka bersedia menerimanya jika ia dilakukan secara ikhlas dan jujur, tanpa sebarang syarat.

Walaupun menafikan kehadiran mereka tidak dikaitkan dengan mana-mana parti politik, kehadiran beberapa Ahli Parlimen daripada Pakatan Rakyat (PR) termasuk Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, Loh Gwo Burne (PKR-Kelana Jaya), Lim Lip Eng (DAP-Segambut) dan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) yang berdiri di belakang kumpulan itu, memberi gambaran sebaliknya.

Kekecohan itu menarik perhatian wakil rakyat lain dan ada yang menganggap ia tidak sepatutnya berlaku kerana boleh menimbulkan anggapan tidak manis apabila lobi Parlimen dijadikan gelanggang untuk membawa kumpulan tertentu bagi kepentingan agenda sesetengah pihak. Kumpulan OKU itu turut membawa sepanduk yang antaranya tertulis 'Berilah Hormat Kepada OKU' dan 'What Happen To Disabled Act?'.

M Saravanan (BN-Tapah) berkata, sepatutnya wakil rakyat pembangkang menjelaskan kepada OKU berkenaan bahawa kata-kata Ibrahim bukan bermaksud menghina mereka, tetapi membangkitkan Peraturan Mesyuarat. Ketegangan memuncak apabila Ibrahim dan Bung Moktar keluar dari Dewan Rakyat yang belum habis waktu bersidang sesi pagi, untuk bertemu Thanasayan dan wakil MADD lain.

Ibrahim yang pada mulanya cuba menjawab secara tenang menjelaskan, kata-kata beliau bukan ditujukan kepada golongan OKU secara amnya, tetapi khusus kepada Karpal dan ia berdasarkan Peraturan Mesyuarat yang memerlukan seseorang Ahli Dewan Rakyat berdiri ketika berucap.

Bagaimanapun, tidak tahan dengan jeritan dan laungan wakil MADD serta beberapa ahli Parlimen pembangkang, Ibrahim mula meninggikan suara dan menjelaskan tidak akan meminta maaf kepada kumpulan itu kerana kata-kata itu tidak ditujukan kepada mereka, malah beliau juga menegaskan tidak akan meminta maaf kepada Karpal berhubung kejadian itu.

"Saya tidak mahu memohon maaf sebab kata-kata yang dilemparkan kepada Ahli Parlimen Bukit Gelugor kelmarin tidak bermaksud menghina OKU. Ini bukan politik. "

Buat apa saya hendak berbuat demikian sedangkan ia tidak ada kena mengena langsung dengan apa yang mereka mahukan,"

katanya sambil disahut teriakan beberapa OKU yang mengelilinginya. Sejurus kemudian, Ibrahim meninggalkan perkumpulan itu.

Bung Mokhtar yang tiba kemudian, mengeluarkan kata-kata memujuk dengan menyatakan beliau juga mempunyai ahli keluarga dan ramai pengundi di kawasannya yang dikategorikan OKU.

Justeru katanya, tidak terlintas di fikiran beliau untuk menghina golongan itu malah menyayangi dan menganggap mereka sebagai golongan istimewa.

"Saya mohon maaf jika ada melakukan kesalahan hingga menyinggung perasaan OKU dan saya akan pastikan ada pembelaan sekiranya berlaku penganiayaan terhadap anda,'' katanya.

Beliau bagaimanapun mempertahankan kenyataannya terhadap Karpal dan menganggap ia bukan satu kesalahan apabila Gobind yang berdiri bersama MADD, melemparkan pertanyaan sama ada perbuatannya terhadap bapanya (Karpal) itu adalah salah.

Sesudah Bung Mokhtar memohon maaf itu, keadaan menjadi tenang dan MADD kemudian menyerahkan memorandum bantahan yang mewakili permintaan semua kumpulan dan pertubuhan OKU kepada semua ahli Parlimen. Wan Azizah menerima memorandum itu bagi pihak semua Ahli Parlimen.

No comments: