NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA

NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA
Badan Latihan dan Hidup Berdikari Malaysia (ILTC) pada 23hb Mac 2016 menyerahkan memorandum kepada ahli-ahli parlimen mendesak supaya golongan orang kurang upaya (OKU) dikecualikan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Disabled Members Protest

Disabled Members Protest
Disabled Members Protest at JPJ Wangsa Maju

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.
Disabled group’s protest disabled drivers required to produce doc's medical report.

Thursday 11 February 2010

Genting sumbang RM450,000

KHAMIS 11 FEBRUARI 2010

Genting sumbang RM450,000


Lee Choong Yan dan Mohd. Amin Osman (tengah) menyampaikan sumbangan RM450,000 kepada 45 pertubuhan amal sempena ulang tahun ke-45 Genting Malaysia Berhad dan sambutan Tahun Baru Cina di Wisma Genting, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 10 Feb. - Syarikat Genting Malaysia Berhad hari ini menyampaikan sumbangan RM450,000 kepada 45 pertubuhan amal sempena ulang tahun ke-45 Kumpulan Genting dan sambutan Tahun Baru Cina.

Presiden Genting Malaysia Berhad, Datuk Lee Choong Yan berkata, sumbangan tersebut sedikit sebanyak diharap mampu menampung aktiviti dan kos operasi pertubuhan-pertubuhan berkenaan.

"Kami akan tetap menjalankan tanggungjawab sosial setiap tahun walaupun secara langsung atau tidak," katanya pada majlis penyampaian sumbangan musim perayaan Genting Malaysia Berhad di Wisma Genting di sini, hari ini.

Turut hadir menyampaikan sumbangan tersebut ialah Pengarah Eksekutif Genting Berhad, Tan Sri Amin Osman.

Menurut Choong Yan, syarikat korporat harus peka menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan tidak hanya membiarkan perkara itu ditanggung oleh kerajaan semata-mata.

"Saya juga berharap agar penglibatan Genting Malaysia Berhad dalam aktiviti amal seperti ini dapat diteruskan setiap tahun," katanya.

Choong Yan berkata, Genting Malaysia Berhad telah mengamalkan tanggungjawab sosial sejak awal penubuhannya melalui empat bidang teras iaitu peluang pekerjaan, perniagaan, alam sekitar dan kemasyarakatan.

"Melalui cara ini kami akan memastikan kebajikan pekerja dan pengunjung sentiasa diutamakan.

"Perniagaan kami juga berteraskan mesra alam dan kami sangat peka dengan pembangunan masyarakat di sekeliling kami agar tidak ketinggalan dalam merasai pembangunan," jelasnya

No comments: