NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA

NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA
Badan Latihan dan Hidup Berdikari Malaysia (ILTC) pada 23hb Mac 2016 menyerahkan memorandum kepada ahli-ahli parlimen mendesak supaya golongan orang kurang upaya (OKU) dikecualikan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Disabled Members Protest

Disabled Members Protest
Disabled Members Protest at JPJ Wangsa Maju

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.
Disabled group’s protest disabled drivers required to produce doc's medical report.

Wednesday 3 March 2010

KL bakal peneraju bandar raya mesra OKU: Shahrizat

Rabu 3-3-2010

KL bakal peneraju bandar raya mesra OKU: Shahrizat

KUALA LUMPUR - Kuala Lumpur bakal menjadi peneraju dalam program pembangunan mesra Orang Kurang Upaya (OKU) di negara ini melalui penguatkuasaan dan penyelarasan garis panduan standard pembinaan infrastruktur.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, beliau akan membentangkan satu memorandum mengenai cadangan itu kepada Kabinet dalam masa terdekat bagi membolehkan pembangunan Kuala Lumpur diteladani tempat lain.

Bagi menjayakan usaha itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), perlu menjadi perintis kepada usaha itu supaya Kuala Lumpur dapat menyediakan prasarana yang mesra OKU.

“Apabila ada tunjuk ajar DBKL, standard bangunan akan diikuti oleh pihak lain, kita bukan sebuah negara yang mesra OKU sebagaimana yang diamalkan oleh negara-negara lain berbanding Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas menutup persidangan mengenai kemudahan dan rekaan universal bagi pengangkutan awam dan bangunan di sini, semalam.

Beliau berkata, antara faktor yang menyekat pembangunan mesra OKU pada masa kini ialah wujudnya kelemahan dalam penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan ketiadaan garis panduan dalam pembinaan infrastruktur mesra OKU.

Selain itu, katanya, tidak terdapat dasar yang selaras dan jelas mengenai piawaian yang diperlukan dalam pembinaan infrastruktur yang mesra OKU sehingga menyukarkan pemilik bangunan menyediakan kemudahan bagi golongan itu.

“Semua pihak, bukan sahaja kerajaan persekutuan, malah kerajaan negeri termasuk ahli politik, perlu menyediakan perancangan bandar yang teratur dan menyediakan arkitek yang dapat melakar pembinaan infrastruktur yang sesuai untuk kegunaan OKU,” katanya.

Shahrizat berkata, kementeriannya telah memulakan langkah untuk merealisasikan Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya (OKU) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCRPD) seperti termaktub dalam Akta OKU 2008 dengan

memberi keutamaan kepada dua isu OKU iaitu kebolehcapaian dan peluang pekerjaan.

Menurutnya, PBT juga perlu menubuhkan satu unit khas untuk memantau isu-isu berkaitan OKU dan disarankan agar OKU diambil sebagai tenaga pekerja. - Bernama

No comments: