Pemandu KTMB diberi amaran
SUBANG JAYA – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan sudah mengambil tindakan dengan mengeluarkan amaran kepada seorang kakitangannya yang didakwa mengasari orang kurang upaya (OKU) yang juga penjaga tandas di stesen komuter Subang Jaya, awal Mac lalu.
Dalam satu maklum balas yang dihantar kepada Sinar Harian, Juru Cakap Unit Komunikasi Korporat KTMB memaklumkan, kakitangan yang terbabit dalam insiden itu juga bersedia memohon maaf secara terbuka kepada pengadu sekiranya ia mampu menjernihkan kembali keadaan.
Menurutnya, siasatan awal dijalankan pihaknya berdasarkan aduan dibuat mendapati, serangan fizikal oleh kakitangan yang didakwa pengadu adalah berpunca dari perselisihan faham yang bersifat peribadi antara pengadu dan kakitangan dimaksudkan.
“Seperti yang dimaklumkan sebelum ini pengadu, V Karuppannan, 57, yang sudah hampir 15 tahun bertugas sebagai penjaga tandas mengenali pemandu tren dimaksudkan yang tinggal di kuarters berdekatan stesen sejak tahun 2006.
“Berdasarkan siasatan, krisis yang timbul adalah berpunca dari laluan keluar kuarters tersebut yang terhalang oleh kenderaan anak pengadu,” katanya.
Merujuk kenyataan itu katanya, kakitangan berkenaan tiada niat untuk mengasari pengadu dan reaksi fizikal yang berlaku adalah tidak disengajakan.
“Kakitangan tidak berniat untuk mendatangkan kecederaan dan insiden itu tercetus selepas berlaku perbalahan kecil mengenai laluan keluar yang terhalang.
“Malah, dia (kakitangan dimaksudkan) bersedia untuk bertemu pengadu memohon maaf secara terbuka seandainya perbuatan tersebut boleh menjernihkan keadaan,” katanya.
Beliau berkata, KTM Berhad sudah memaklumkan hal berkenaan kepada Pengerusi Persatuan Badan Latihan dan Hidup Berdikari (ILTC), Francis Siva bagi mendapat persetujuan daripada pihak pengadu.
“KTM Berhad merumuskan bahawa kes adalah bertitik tolak dari salah faham antara dua pihak dan tiada unsur jenayah dan penindasan yang wujud.
“Walaupun begitu, kami memberi amaran kepada kakitangan dimaksudkan supaya perkara sama tidak berulang.
:“Pihak kami juga sekali lagi menekankan bahawa apa yang berlaku adalah bersifat peribadi dan ia tidak mencerminkan organisasi ini secara keselu- ruhan,” katanya yang memberitahu mereka yang tergolong sebagai OKU tidak perlu khuatir menggunakan perkhidmatan kerana layanan diberi sama rata.
Terdahulu, akhbar ini melaporkan disebabkan salah seorang rakan mereka dikasari kakitangan syarikat pengangkutan, kira-kira 15 golongan OKU mengadakan piket secara aman 9 Mac lalu menggesa pihak berkenaan mengambil tindakan kepada individu yang didakwa melakukan perbuatan itu di stesen komuter Subang Jaya.
Selain ditampar, OKU yang bekerja sebagai penjaga tandas mendakwa ditendang sehingga menyebabkan dia bersama kerusi roda digunakan hampir tersungkur ke atas lantai.
Mangsa dalam laporan itu mendakwa, kejadian itu bukan kali pertama berlaku, malah dia pernah beberapa kali dimarahi kakitangan yang sama sejak tiga tahun lalu.

1 comment:
I am waiting to see what police action will be taken
Post a Comment