NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA

NEW MINISTER FOR WELFARE MINISTER OF MALAYSIA
Badan Latihan dan Hidup Berdikari Malaysia (ILTC) pada 23hb Mac 2016 menyerahkan memorandum kepada ahli-ahli parlimen mendesak supaya golongan orang kurang upaya (OKU) dikecualikan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Disabled Members Protest

Disabled Members Protest
Disabled Members Protest at JPJ Wangsa Maju

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.

ILTC Malaysia members staged a protest outside JPJ Wangsamaju KL.
Disabled group’s protest disabled drivers required to produce doc's medical report.

Friday 21 May 2010

Tuduhan golongan OKU tidak relevan




Jumaat 21-2-2010

Tuduhan golongan OKU tidak relevan
BANDAR BARU SELAYANG - Pihak Pejabat Tanah dan Daerah Gombak menyifatkan dakwaan orang kurang upaya (OKU) dalam demonstrasi beramai-ramai mereka di perkarangan bangunan Kerajaan Negeri itu sebagai tidak relevan.

Pegawai daerahnya, Ahmad Zaharin Mohd Saad yang memberitahu demikian berkata, pihaknya sekali gus menafikan semua tuduhan dilemparkan kumpulan terbabit bahawa pihaknya tidak prihatin kesusahan OKU.

Katanya, kumpulan demonstrasi menuduh pihaknya tidak mesra OKU adalah tidak tepat berikutan pelbagai usaha telah diambil bagi memastikan keper-luan berkaitan diadakan.

“Saya pun tidak pasti standard layanan bagaimana yang golongan ini kehendaki. Sedangkan setakat 30 tahun kita di bangunan ini, tidak pernah ada run- gutan daripada OKU berkenaan isu sebegini.

“Dalam kes ini, kita turut sangsi apakah matlamat kumpulan berkenaan, mereka hanya datang pada hari Khamis (minggu lalu), dan kerana tidak dapat ber- jumpa saya keesokannya terus berdemonstrasi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bagi memberikan penjelasan berhubung tindakan sekumpulan OKU diketuai Presiden Badan Latihan dan Hisup Berdikari, Francis Siva yang mengadakan demonstrasi di bangunan pejabatnya, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zaharin mempertikaikan demonstrasi terus diadakan kumpulan terbabit tanpa menunggu hari temu janji dengannya yang sepatutnya berlangsung Selasa minggu ini.

“Pada hari pertama mereka datang lagi saya sudah minta supaya pembantu peribadi (PA) saya berjumpa OKU berkenaan yang ketika itu menunggu di bawah untuk menetapkan tarikh temu janji itu.

“Seperti sedia maklum, masa kerja terhad, mereka pun datang tanpa buat temu janji dan ke-betulan ketika itu saya sedang ada mesyuarat penting perlu dipengerusikan. Tetapi ada kaki- tangan saya yang melayan mereka,” katanya.

Jumaat lalu, golongan OKU merasakan sikap masyarakat terutama kakitangan awam didakwa masih tidak prihatin terhadap keperluan OKU, mendorong sekumpulan 25 OKU berkumpul secara aman di ban-gunan Pejabat Daerah Gombak bagi meluahkan perasaan mereka kepada agensi terbabit.

Francis Siva berkata, tindakan dilakukan dengan harapan supaya golongan sepertinya tidak diheret sama menghadapi karenah birokrasi dan berharap kekurangan kemudahan OKU di bangunan berkenaan diatasi.

Difahamkan isu bermula apabila wakil ILTC datang untuk meminta pengurangan cukai tanah sebanyak RM50 setahun dan mahu bertemu DO mengenai perkara itu, tetapi kecewa dengan layanan diberikan.


Lebih baik daripada pejabat daerah lain

Sementara itu, Ahmad Zaharin ketika mengulas berhubung dakwaan berkenaan, menyifatkan bangunan pejabatnya yang berusia 30 tahun itu , jauh lebih baik jika hendak dibandingkan dengan pejabat daerah lain.

“Kemudahan untuk OKU ini telah lama diwujudkan dan seperti laluan kerusi roda yang disediakan di hadapan bangunan pejabat daerah, malah mendapat pujian ramai dan tidak ada rungutan yang mengatakan laluan itu licin.

“Tandas OKU juga disediakan walaupun sempit. Jika kita hendak penuhi semua tuntutan sudah tentu sukar kerana ia melibatkan kos besar dan bangunan kerajaan pun tidak boleh sesuka hati ‘perbaiki’ kerana ia melibatkan prosedur kewangan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga telah berusaha memperbaiki mutu perkhidmatan seperti menggunakan sistem nombor, tempat duduk dan menyediakan kaunter pendaftaran untuk kemudahan pelanggan.

Menurutnya, dari masa ke masa pihaknya sentiasa mengadakan perbincangan bersama pelanggan dalam usaha pihaknya memberikan perkhidmatan terbaik dan mengalu-alukan sebarang bentuk cadangan ke arah kebaikan bersama.

“Kalau betul mereka (kumpulan OKU) itu ikhlas dalam hal ini, mereka sepatutnya menunggu sehingga hari temu janji dan saya memang tiada masalah untuk berjumpa serta berbincang dengan mereka.

“Jika dua tiga kali hendak berjumpa saya tetapi gagal, saya rasa wajar (berdemonstrasi). Tetapi ini baru datang sekali, susah sikit. Kita ada saluran perlu diikuti,” katanya.

Ahmad Zaharin berkata, isu utamal kumpulan berkenaan yang mahu meminta pengurangan cukai telah pun diberikan penerangan oleh kakitangan jabatan berkenaan berhubung prosedur yang perlu dipenuhi.

"DO tiada kuasa membuat keputusan dalam pengurangan cukai tanah kerana ia tertakluk kepada Akta Tanah Negara.

"Pimpinan OKU terlibat sepatutnya faham berhubung prosedur yang perlu dipatuhi kerana terdapat antaranya mereka adalah dalam kalangan ahli dan bekas ahli majlis.

Jumaat 21-5-2010

Panggil polis kawal keadaan

Dalam pada itu, Ahmad Zaharin ketika mengulas tindakan pihaknya memanggil polis mengawasi demonstrasi berkenaan berkata, keputusan itu dibuat kerana dikhuatiri orang ramai bimbang untuk datang ke sini apabila melihat sedikit kekecohan berlaku di hadapan bangunan tempoh hari.

Katanya, pihaknya memanggil polis sebagai langkah berjaga-jaga kerana dimaklumkan mereka datang untuk berdemonstrasi melibatkan kira-kira 50 orang.

Terdahulu, dalam demonstrasi secara aman di bangunan berkenaan, Setiausaha ILTC, P Gurdip Kaur berkata, pihaknya kesal dan tersinggung apabila sepasukan polis dipanggil untuk mengawal keadaan, biarpun mereka hanya golongan OKU.

No comments: