Pada
29 November 2018 – Sebanyak 300 anak yatim dan orang kurang upaya (OKU) berumur
antara tiga dan 22 tahun diraikan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam
Majlis Mesra Deepavali di TNB Sports Complex.
Anak-anak
yatim dan 45 ahli ILTC Malaysia OKU masing-masing menerima sumbangan duit raya
RM50.
Sumbangan
itu disampaikan oleh Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie; Ahli Lembaga
Pengarahnya, K. S. Gopala Krishnan serta Presiden dan Ketua Pegawai
Eksekutifnya, Datuk Seri Ir. Azman Mohd.
Majlis
yang dihadiri kira-kira 2,000 pekerja TNB dan tetamu syarikat itu turut
dihadiri Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran.
No comments:
Post a Comment