BANDAR BARU SELAYANG – Terasa terpinggir dengan arus pembangunan setempat dirasakan tidak mesra keperluan orang kurang upaya (OKU), pihak terbabit meminta Majlis Perban- daran Selayang (MPS) supaya lebih prihatin.
Tidak setakat kemudahan tempat letak kereta kepada OKU, sebaliknya kemudahan bagi pergerakan untuk semua jenis OKU juga diharap dapat diadakan.
Presiden Badan Latihan dan Hidup Berdikari (ILTC), Francis Siva yang menegaskan demikian berkata, sehingga kini, pihaknya merasakan masih banyak kemudahan untuk golongan sepertinya diabaikan.
“Kita tidak mengharapkan diberikan keistimewaan. Tetapi cukup dengan kemudahan di tempat awam yang memudahkan OKU termasuk warga emas, orang buta, pekak, pengguna kerusi roda dan lain-lain.
“Setakat ini di kawasan MPS, yang kita hanya nampak tempat parkir kereta diberikan perha- tian, itupun sering digunakan oleh orang biasa,” katanya kepada wartawan ketika menyerahkan memorandum berkenaan kepada MPS.
Wakil MPS hadir menerima memorandum itu adalah Pemangku Timbalan Yang Dipertua MPS yang juga Pengarah Perancang Bandar MPS, Juhari Ahmad. Dalam pada itu, mengulas kekurangan kemudahan untuk OKU, Francis mendakwa, misalnya di kawasan Bandar Rawang baru dibangunkan, kebanyakan bangunan di situ tidak mesra OKU.
“Contohnya, di Bandar Rawang dan tempat lain di Selayang, banyak laluan pejalan kaki, ‘elevators’, ‘ramp’ dan tandas mesra OKU dan warga emas namun di Terminal Bas dan Teksi Rawang baru, laluan berkerusi roda dan tandas OKU ada yang kurang sesuai.
“Pintu tandas di situ harus direka bentuk dengan ruang mencukupi untuk memastikan keselamatan sama ada OKU berkerusi roda automatik mahupun manual,” katanya.
Menurutnya, kebanyakan tempat awam khususnya di Rawang juga harus dipastikan mudah dilalui OKU serta mempunyai papan tanda mudah lihat.
“Peruntukan khas keperluan OKU ini sepatutnya dimasukkan dalam bajet MPS dalam mengimplementasikan undang-undang memastikan kemudahan ini ada di kawasannya. “
Jika dalam sebulan tiada maklum balas, mungkin kita akan adakan demontrasi dengan kumpulan lebih besar selepas ini,” katanya.
Mahu wakil dalam Jawatankuasa Khas OKU
Bagi memastikan kemudahan OKU lebih efektif, Francis berkata, pihak ILTC sedia membantu dengan meletakkan wakil khas daripada kalangan pihaknya dalam Jawatankuasa Khas OKU di MPS.
“Kita difahamkan selepas Setiausaha ILTC, P Gurdip Kaur tidak lagi bertugas sebagai Ahli Majlis MPS iaitu sejak setahun lalu, tiada lagi wakil OKU dalam Jawatankuasa Khas OKU ditubuhkan.
“Sedangkan pada kami, perlu ada wakil OKU dalam jawatankuasa itu dalam memastikan keperluan dan lebih memahami kehendak serta perasaan kami sebagai golongan OKU. “
Kita juga tidak pasti sama ada jawatankuasa ini masih wujud dan aktif atau tidak,” katanya.
Gurdip pula berkata, untuk melengkapkan kemudahan golongannya, MPS juga perlu memastikan bangunan dalam MPS sendiri mesra OKU terlebih dahulu.
“Contohnya, bangunan lama MPS dijanjikan untuk ditambah kemudahan lif, tetapi tiada perkembangan sehingga kini, manakala di Menara MPS sendiri tiada tanda penunjuk terdapat kemudahan tandas OKU dalam bangunan itu. “
Kios perniagaan MPS pula dibina terlalu kecil. Ini bermakna hanya orang biasa sahaja boleh berniaga kerana jika OKU berkerusi roda tentu tidak sesuai,” katanya.
Menurutnya, golongan OKU tidak seharusnya dilupakan dalam mencapai visi MPS mewujudkan kawasan selesa didiami, memandangkan mereka juga rakyat negara ini yang membayar cukai serta pengundi.
Peruntukan bawah Jabatan Kejuruteraan MPS
Juhari ketika mengulas memorandum dihantar kepada MPS itu berkata, pihaknya belum ada peruntukan khas untuk golongan OKU.
“Bagaimanapun keperluan mengadakan kemudahan OKU contohnya di bangunan MPS akan dipastikan Jabatan Kejuruteraan MPS. Malah, hal berkaitan OKU diambil kira dalam perancangan pembangunan MPS. “
Jawatankuasa Teknikal OKU MPS dipengerusikan ahli majlis untuk membincangkan perkara berkaitan OKU juga telah diwujudkan sejak tahun lalu,” katanya.
Kata Juhari, bagi bangunan milik sektor swasta pula, pihaknya akan memastikan bangunan baru dibina di kawasan MPS menyediakan kemudahan diperlukan oleh OKU.
Katanya, syarat pembangu- nan itu kini perlu dipatuhi pihak swasta dan sekiranya gagal, pihaknya tidak akan mengeluarkan Sijil Layak Mendu- duki (CF) untuk bangunan telah disiapkan.
“Bagi bangunan seperti kedai lama, kita akan cuba adakan kemudahan sepatutnya,” katanya.
Mengulas kemudahan lif di bangunan lama MPS, menurutnya tiada peruntukan disediakan untuk itu sebelum ini namun, tidak menolak ia akan diadakan masa akan datang.
No comments:
Post a Comment